BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 13 March 2014

“Budaya Melayu Yang Seni & Agung ” Dicemburui & Berjaya Diabadikan Oleh ((( Freemason & Iluminati )))



Konspirasi Dinar EmasKonspirasi Dinar Emas
Konspirasi Dinar Emas

Assalamualaikum kepada semua peminat-peminat setia Dinar-Emas.COM.
Kali ini pihak kami tampil untuk mendedahkan 1 per 1 rahsia Bangsa Melayu
yang sangat dicemburui & diminati secara senyap oleh bangsa barat yang mempunyai keturunan Nabi Ibrahim,
yang mempunyai susurgalur DNA yang amat rapat dengan keturunan Melayu Kelas Tinggi di segenap Nusantara ini,
kepada semua warga Nusantara, tahukah anda banyak budaya Melayu milik anda ini,
telah disimpan secara senyap di Eropah,
malahan ada yang meniru bulat-bulat oleh Freemason & Iluminati untuk upacara tertentu?
Tahukah anda, “Melayu” itu apa ?
Melayu adalah 1 bangsa besar yang mempunyai rumpun-rumpun yang banyak lagi berselerak di segenap Nusantara.

Tahukah anda, “Nusantara” itu apa ?
“Nusantara” terdiri dari seluruh Filipina+Indonesia+Malaysia+Singapore+Brunei
“Nusantara” terdiri dari Selatan Thai + Myanmar + Vietnam + Kemboja + Laos
“Nusantara” memanjang dari Hawaii di Timur & hingga ke barat di pulau Madasgascar {pernah ada Sultan Melayu di sana},
“Melayu” 
yang hebat ini adalah terdiri dari rumpun / etnik yang terkenal lagi digilai & dicintai oleh orang barat,
diantara rumpun etnik Melayu yang terkenal ialah:
(Melaka, Pahang,Bugis, Jawa, Banjar, Madura, Sulu, Siam, Minang, Mendeleng, Iban, Dayak, dll. lagi)
itulah bangsa Melayu, mereka 1 bangsa besar yang menguasai darat tetapi menjadi Raja di lautan.
Tanpa bangsa Melayu, orang Portugal "tak mampu" keliling dunia melalui lautan,
dan tanpa belas ehsan & rasa kasihan bangsa Melayu terhadap pendatang India & pendatang China,
tak mungkin 2 bangsa asing ini diberi izin menjadi warganegara Nusantara melalui penempatan di TANAH MELAYU.
==========================================================================================================
Tahukah anda, pakaian Sampin & Songkok di kepala,
merupakan kostum yang wajib dipakai di dalam upacara ritual karbala Freemason / Iluminati pada peringkat 33rd degree ???
kami akan dedahkannya dalam siri artikel Alter Terahsia Bangsa Melayu Versi 3.0 tak lama sahaja lagi, (sila tunggu)
Kali ini,
pihak Dinar-Emas.COM hendak mendedahkan sedikit sahaja dari budaya Bangsa Melayu,
yang dipinjam oleh pengikut Knight of Templer,
untuk membentuk salah 1 seni, dan logo, dan upacara yang juga hampir sama dengan budaya pemakanan bangsa Melayu,
hampir kesemua ritual ini mempunyai bayang-bayang seni budaya Melayu,
yang kebanyakannya tidak disedari oleh dunia & lama ditiru oleh orang putih jahat itu...
mari kita lihat...
Ketupat vs Lantai Kuda Belang


Siti Nurhaliza
anak Melayu



Siti Nurhaliza juga pernah bergaya dengan pakaian bercorak lantai kuda belang...
Adakah ini kebetulan atau perancangan pereka fesyen ?
Sepertimana TV3 tak pernah tahu iklannya dan konsertnya mempunyai bayang-bayang pengaruh iluminati,
Begitu juga pihak kami yakin,
saudari Siti Nurhaliza mungkin juga tak perasan...(wallahualam)
Ketupat ???
Untuk membuat ketupat, anda kena pandai matematik,
matematik tanpa seni juga takkan menjadikan apa-apa,
itulah keunikan bangsa Melayu,
daripada rumah, pakaian, dan makanan penuh dengan unsur matematik & seni,
yang hari ini telah ditiru oleh pihak freemason / illuminati hanya disebabkan corak petak-petak pada ketupat.
ini belum termasuk semua hasil anyaman tikar mengkuang termasuk dalam budaya yang ditiru oleh freemason & illuminati ? 
Seperti yang anda hendak tahu corak 'kuda belang' adalah unsur penting dalam amalan ritual sesat Freemason, namun tahukah anda unsur ini telah ditiru dari seni makanan tradisi bangsa Melayu iaituketupat ? Mereka mengekalkan seni ini dalam ritual freemason pada lantai sembahan mereka dengan meniru senireka ketupat yang asal dari budaya bangsa Melayu kerana mengenangkan betapa suci & telitinya untuk menghasilkan ketupat ini. Orang putih yang sesat lagi berfahaman syaitan sungguh pun kafir, mereka tetap amat menyanjung seni makanan bangsa Melayu kerana untuk membuat ketupat, si pembuat ketupat mestilah seorang yang bersih, untuk mendapatkan daun kelapa pula, perlu dapatkan yang paling cantik dan tidak rosak, untuk menjadi ketupat yang cantik dan tersusun kemas, mesti melibatkan matematik, sempurna matematik tanpa seni maka rosaklah pandangan & sakitlah mata melihatnya, maka untuk menjadikan ia berbentuk ketupat yang gebu & cantik lagi suci dan bersih, maka si pembuat ketupat mestilah seorang yang bersih & mempunyai tangan kanan & tangan kiri (seorang yang tidak kudung), dengan ilmu matematik dan gabungan seni Melayu, maka terhasillah seni makanan yang dinamakan warga Nusantara sebagai ketupat. Begitu agungnya bangsa Melayu ini sehinggakan soal seni membuat ketupat pun orang putih kafir barat dari golongan Freemason & Iluminati mengambil seni Melayu ini untuk dijadikan seni ritual "kuda belang" pada lantai mereka, hari ini barat menamakannya dengan istilah konspirasi iaitu "checkered board".

Ketupat Palas vs Pyramid







Tahukah anda anak Melayu amat mahir dalam bidang astronomi ?
Tanpa astronomi & matematik, mustahil boleh berlayar di lautan.
Tahukah anda bangsa Melayu mempunyai WONDER nya iaitu Pyramid yang jauh lagi besar dari Pyramid di Bosnia & pyramid di Mesir ???
Tahukah anda pyramid bangsa Melayu telah jauh terkubur di dalam Laut Cina Selatan ???
Untuk membuktikannya, tiada 1 pun anak-anak muda Melayu hari ini yang pernah tahu akan sejarah benar ini.
sila rujuk artikel kami sebelum ini berkenaan keris & pyramid... Orang tua-tua yang belajar silat atau pun menteri-menteri luar negara yang dah pencen atau pun yang pernah berkhidmat di luar negara boleh menjawap persoalan ini. Kalau tanya orang Jepun, mereka sendiri pasti boleh mengesahkan kesahihannya.
Bentuk segitiga juga melambangkan piramid, tidak kisahla pyramid Firaun ke, pyramid China ke, pyramid Melayu ke, pyramid Bosnia ke, asalkan bentuk segitiga, dan bentuk segitiga ini diabadikan oleh hampir semua tamadun-tamadun besar dalam sejarah kewujudan manusia di planet bumi ini sejak turunnya Adam dari syurga dengan isterinya Hawa, begitu juga seni tinggi yang ada pada bangsa Melayu, bukan sahaja ketupat boleh dibikinkan sehingga kekal beribu-ribu tahun sehingga ke hari ini, malahan boleh pula membikin seni ketupat lain pulak iaitu Ketupat Palas, dan ini 1 lagi seni anak Melayu yang ditiru oleh Freemason & Iluminati untuk mengenangkan Wonders yang pernah dicapai oleh tamadun Melayu di benua Nusantara ini, maka hari ini, golongan kafir dari puak ini menghargai seni Melayu ini dengan mengabadikannya dan menjadikan simbol Ketupat Palas menjadi sebahagian dari simbol Illuminati yang terletak di belakang duit kertas Dollar Amerika yang bakal pupus tak lama sahaja lagi kerana kebangkitan Dinar Emas sedang perlahan-lahan berlaku !!! Tahukah anda ketupat palas amat diminati di Barat ?
Ketupat Palas (hidangan)vsPyramid (giza)








Apa yang terjadi sekiranya anak dara Melayu yang cantik manis lagi sopan santun budi bahasanya melayan tetamunya dengan ketupat palas ? Yang akan terjadi lazimnya ialah ketupat palas mesti dihidangkan di atas 1 piring atau 1 pinggan dengan 3 ulas ketupat palas yang sedia dibuka untuk dijamu, sebijik seperti gambar di atas kiri tu haa.
Tahukah anda, orang Islam harus belajar ilmu kaji bintang? 1 ilmu yang diwarisi turun temurun oleh anak Melayu kerana hanya dengan ilmu inilah, perjalanan jauh dapat diteorikan jaraknya. Tanpa ilmu astronomi, tak mungkin Melayu hari ini memanfaatkan faedah malam jumaat klewon yang sedia ada dalam kalender rumpun Jawa. Dengan ilmu ini juga anda dapat tahu bilakah pasang surutnya ombak kerana ia ada kaitan dengan pengaruh tarikan graviti bulan. Tanpa ilmu astronomi tak mungkin anda boleh tahu arah kiblat di waktu malam.
Tahukah anda, buruj Orion merupakan 3 bintang di langit yang akan anda melihatnya setiap hari di waktu malam walaupun di mana anda berada di planet bumi ini, buruj orion ini akan membentuk 1 garis lurus yang sentiasa menghalakan garisannya terus ke arah bangunan Kaabah ??? Tahukah anda apa itu Kaabah ? Ya, kaabah adalah bangunan 4 segi yang dibina oleh Nabi Ibrahim untuk ibadat umat manusia mengerjakan haji & sebagai simbol perpaduan umat manusia. Tahukah anda, kaabah pula selari dengan 1 garisan di galaksi Bimasakti ini ? Ya, perkara ini jarang diceritakan oleh ulamak, tapi hakikatnya waris bangsa Melayu yang masih mengenangkan tamadun silamnya Pyramid Keturah di laut cina selatan itu sentiasa menghafalnya sebagai asas ilmu. Belum lagi buruj-buruj bintang yang lain yang anda tak tahu fungsinya.
وَعَلَـٰمَـٰتٍ۬‌Ûš وَبِٱلنَّجۡمِ هُمۡ يَہۡتَدُونَ
Dan (Dia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam)mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju.
Surah Ke 16
Ayat Ke 16
Kerana itulah Freemason & Iluminati mengenangkan untuk kali ke-2 kenapa Melayu lazimnya menghidangkan ketupat palas maksimum 3 ulas di atas pinggan hidangan? Rupa-rupanya untuk mengenangkan tamadun Melayu iaitu 1 bangsa di Nusantara yang dahulunya gah dengan nama Seri Berjaya (buku sejarah memanggilnya Sri Vijaya). Betapa seninya bangsa Melayu apabila bijak menggabungkan unsur Islam yang suci dengan kedudukan bintang di langit dengan ilmu kaji bintang yang sedia dipegang oleh mereka, maka untuk mengenangkan 3 bintang penujuk Kiblat di Kaabah bandar suci Islam itu, maka ketupat palas dipilih untuk menghasilkan matematik dan seni, lalu terjadilah seperti apa yang hari ini, hidangan ketupat palas maksimum 3 ulas di atas piring atau pinggan.
Oleh itu apa kaitannya pulak ye ? Kaitannya ialah ketupat palas jika diletakkan di atas pinggan ianya seolah-olah menyerupai pyramid giza. Apa kaitannya pula dengan freemason & iluminati ye ? Kaitannya ialah mereka orang kafir yang setia mengenangkan sejarah Firaun Kafir Pagan, padahal binaan asal pyramid bukanlah dibangunkan oleh Firaun zaman Nabi Musa, tetapi rekod kajian ada menyatakan yang 3 pyramid itu dibina oleh pemerintah yang menyembah Allah bukan penyembah berhala yang syariat agamanya sehampir sama dengan syariat Islam, iaitu "tiada tuhan selain Allah", kerana itulah Pyramid Giza di Mesir itu benar-benar selari dengan Buruj Orion, iaitu Buruj yang menghala ke arah Kaabah, bandar suci umat Islam. Tidak mungkin orang kafir seperti Firaun yang dilaknat lagi ditenggelamkan dalam laut Merah adalah pemerintah yang dimaksudkan, kerana kalau betullah beliau faham mengapa pyramid itu dibina selari dengan Buruj Orion, pasti baginda tidak derhaka pada Nabi Musa & Nabi Harun.
Selain itu, d i dalam pyramid giza di Mesir itu, rekod menunjukkan yang pada zaman awal pemerintahan raja Mesir (era sebelum ketibaan Firaun & Musa), kerajaan Mesir pernah berurusan dengan kerajaan agung dari Tanah Melayu yang ketika itu dikenali sebagai nama Zabaj. Orang Mesir mengatakan daerah Nusantara merupakan "Land of the Gods", iaitu tanah tumpah raja-raja dunia, sekiranya anda perasan, hanya di Tanah Melayu pada hari ini sahajalah kekalnya tahta Raja-Raja dunia yang segak lagi berdaulat tanpa hilang dari gangguan sejarah, kerana kami percaya, ianya ada kaitan dengan peninggalan tamadun agung Melayu yang ada kaitan pula dengan tenggelamnya Tamadun Purba Canggih Alam Melayu iaitu Piramid Keturah yang amat2 besar sekitar gugusan laut Cina Selatan. Anda kena faham bahawasanya seluruh Nusantara dahulu adalah 1 daratan yang luas, dalam buku arkeologi & ensiklopedia, hari ini ianya dinamakan Pentas Sunda. Ini belum lagi kami nak cerita bagaimana delegasi Nabi Sulaiman pernah berurusan dengan Empayar Melayu untuk membeli bertan-tan emas untuk membina istana baginda yang besar di Palestin itu. Anda masih ingat kisah Ratu Balqis yang mengangkat dressnya hanya menyangka lantai istana Nabi Sulaiman adalah air ? Padahal itu adalah permata yang jernih, ke manakah istana itu ye tuan-puan ? Apakah benar empayar Melayu di Nusantara pernah berdagang sehingga berjumpa dengan tamadun canggih Nabi Sulaiman ? Untuk pengetahuan anda, bukan itu sahaja, malahan sememangnya Raja Zulkarnain juga dikaitkan dengan sejarah raja-raja Melayu.
Kerana itulah, walaupun ianya hanyalah ketupat palas, ia tetap ada kaitan dengan Freemason & Iluminati yang sudah lama meniru hasil karya & seni bangsa Melayu yang ramai anak Melayu hari ini tak tahu pun asal-usul seni-seni bangsanya sendiri, kebanyakan dari mereka hanya boleh duduk terdiam mengatakan merekalah yang meniru barat, hakikatnya tidak ye...
Lemang vs Piano Gereja







Bangsa dari Nusantara dikenal pasti hanya satu-satunya bangsa di dunia ini yang berkemahiran masak dalam buluh. Hari ini anda namakannya sebagai lemang. Jika dilihat dari susunan lemang yang dibakar oleh kebanyakan anak Melayu di Nusantara hari ini, secara kebetulannya ianya tidak ubah kelihatan seperti piano organ di gereja yang selalu dimainkan semasa upacara keagamaan orang kristian.
Tahukan anda apa itu Piano Gereja ? Sila rujuk gambar di atas dan di sebelah kiri ini, itulah dia orgam piano gereja. lihatlah susunan buluh lemang amat menyerupai tiub udara pada piano organ.
Sila rujuk kenapa kami katakan pihak barat meniru lemang untuk dijadikan sebagai sebahagian alatan ritual keagamaan dalam gereja. Mungkin kisah di bawah ada kaitannya. Pernahkah anda melihat buluh-buluh kecil yang dicacak seperti lemang dimainkan di orchestra, pernah dimainkan di kediaman orang asli ? Pun ada kaitannya. Jangan disangka yang mundur hari ini meniru orang yang maju, kerana belum tentu orang yang maju hari ini benar-benar maju di era orang yang kononnya dikatakan mundur hari ini adalah sebenar asalnya bangsa yang bertamadun yang gah dan besar.
Sebagai contoh, lihatlah bangsa Maya di Amerika Latin hari ini, siapakah mereka hari ini, hari ini mereka dipijak dijajah dan mereka malu pula untuk mengaku mereka adalah bangsa Maya, padahal bangsa merekalah antara bangsa-bangsa hebat lagi bertamadun tinggi yang membina wonders seperti Pyramid, hari ini orang Maya tak tahu mereka siapa, padahal orang barat amat menyanyagi hasil ketamadunan mereka.
Begitu jugaklah halnya ketamadunan MELAYU, banyak hasil teknologi purba, teknologi Meriam, kompas laut yang tiada pada tamadun lain, senjata terbang, karya, pantun, hikayat, ilmu ghaib, tulisan Melayu (rencong), telah dibawa curi lari ke Universiti di eropah di zaman penjajahan dulu, begitu juga teknologi membuat kapal laut, sesungguhnya rekod dunia mencatatkan hanya kapal buatan Melayu adalah yang terlebar dan terbesar di dunia, dan kedua terbesar adalah kapal dari Dinasti Ming, milik Laksamana Cheng Ho.
Tahukah anda, ada 1 rekod silam yang terpendam menceritakan, sekiranya penjajah barat seperti Belanda, Portugis, dan Inggeris datang lebih awal dari sahabat-sahabat Nabi Muhammad ke Nusantara ini, maka kebarangkalian anda hari ini tidak beragama Islam. Mungkin nasib-nasib kita akan berakhir seperti orang-orang Melayu di Filipina yang kebanyakannya telah dikristiankan, nama pun dah tiada unsur Melayu lagi, yang kekal bertahan hanyalah Mindanao & pulau-pulau berdekatan dengannya sahaja. Dahulunya, ada seorang raja Kristian pernah berkuasa di Nusantara yang bernama Prestor John, kekayaan beliau dikaitkan dengan lambakan emas di semua negara & negeri jajahannya. Baginda pernah menghantar utusan ke Rom untuk memohon pertolongan supaya segera datang ke negaranya sebelum ketibaan Islam kerana Islam akan hadir seiring dengan barang dagangan dari timur tengah. Surat itu sampai ke Rom, tapi sayang orang barat lambat menafsirkan berita itu kerana Prestor John tidak memberitahu lokasi tepat negara beliau, tetapi hanya diselitkan dengan klu iaitu negara semenanjung emas,apabila mereka dapat tahu negara yang dimaksudkan adalah tanah MELAYU di Nusantara, fahamlah mereka bahawasanya Kristian sudah terlambat berbanding orang Islam, kerana itulah misi barat menghantar tentera & penjajah ke timur adalah antara sebab lain ialah menjejak di manakah sebenarnya negara emas itu...
Lemang & Piano Gereja mungkin ada kaitan dengan kisah-kisah ini.
Lemang (hidang) vs Kitab Yahudi (suhuf,taurat,zabur)


Tahukah anda, di awal kedatangan Islam ke Nusantara, kebanyakan kita-kitab telah dibukukan seperti gambar di atas, senireka ini diambil sempena untuk mengenangkan jasa-jasa ulamak Islam di awal kedatangan Islam dahulu. Tidakkah anda perasan betapa seninya lemang ini dan ada segelintir dari pengkaji-pengkaji konspirasi mengaitkannya pula dengan buku-buku Taurat & suhuf-suhuf nabi yang ditinggalkan namun disimpan baik oleh Yahudi. Pernahkah anda mendengar cerita yang bangsa Melayu mempunyai DNA yang amat dekat dengan Nabi Ibrahim ? Sedangkan Yahudi pula adalah keturunan langsung dari Nabi Ishak Bin Nabi Ibrahim. Adakah seni buluh lemang ini merupakan salah 1 budaya sayu bangsa Melayu untuk mengenangkan jasa Nabi Ibrahim & Keturah (ibu bangsa Melayu) ? Boleh jadi teori kami ada relevennya kerana pada tahun 2009 di TV3 dalam 1 siaran di dalam Majalah 3, pernah ditayangkan adat istiadat Sultan Mizan sebagai Agung di tanah Melayu, di dalam sedutan rancangan itu, ada ditayangkan 1 tarian yang dinamakan tarian Ibrahim, dan tarian ini benar-benar ada kaitan ceritanya dengan baginda Nabi Ibrahim. Bukankah DNA bangsa Melayu ada jaringan merah yang rapat dengan bangsa Yahudi. Tidakkah anda perasan dari 10 anak Melayu di kota mahupun di desa, dari 10 yang lalu di depan anda, 6 darinya adalah cantik dan tampan segak bergaya, dan kebanyakan kulit Melayu putih belaka ? Kenapa ada Melayu berkulit coklat ? Ya...kerana Melayu tinggal di iklim panas. Kerana itulah kalau anda perasan kebanyakan Yahudi juga tidak berkulit bersih kerana badan mereka lazimnya berbintik-bintik dan suka bersidai ketika musim panas tiba.


Persatuan Dinar Emas Sedunia

0 ulasan: