BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 19 April 2012

(Mesti Baca) Kebangkitan Kuasa Besar Baru (Islamic Superstate)

--copy paste--

Segala pujian bagi Tuhan sekalian alam,Allah swt,Maha suci Allah,Pencipta Alam Semesta,Pencipta manusia dan seluruh makhluNya,Pemilik nyawa manusia dan seluruh makhluknya,Pemilik seluruh kerajaan di muka bumi dan langit,Tuhan Maha Kaya, Maha mengetahui segala - galanya,Maha Mendengar,Maha Melihat, Maha Adil,selawat kami ke atas Nabi Muhammad s.a.w,penyampai berita gembira pada seluruh manusia dan makhluk. 


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,






Panji ini adalah panji tertinggi dalam Islam,bukanlah panji negara atau panji parti - parti politik.Aku bertemu dengan sebuah penulisan dari Iluvislam.com mengenai panji ini dan aku akan berkongsi tentang sejarah panji ini yang masih ramai tidak ketahui.Setelah mengetahui tentang perkara ini,maka aku berharap agar saudaraku dapat kongsi dan sampaikan kesedaran tentang perkara ini.Keadaan dunia hari ini yang menyaksikan kebangkitan satu lagi kuasa tidak dapat di elakkan lagi.Iaitu kuasa Islam.Kuasa Islam akan terbangkit tanpa sempadan kenegaraan,tanpa sempadan warna kulit tanpa sempadan ideologi.Tetapi kerana Dua kalimah suci ini.Kejadian gempa bumi besar yang semakin menjadi - jadi,pembunuhan yang banyak,kebangkitan rakyat Islam,membuktikan kebenaran sabda Nabi Muhammad s.a.w tentang kejadian akhir zaman.Nampaknya,perkara - perkara ini berlaku dalam waktu kita.Persoalannya,adakah kita bersedia? adakah kita sedar? adakah kita bersama jemaah ini? oleh itu ingin aku kongsikan article dari IluvIslam.Penulisan ini membuktikan,kemenangan Islam selalunya hadir ketika penyatuan antara muslim terjadi.



Wahai Kaum Muslimin..

Junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw bersabda, dari Ibnu Abbas ra ,
"Al-Liwa'uha baidho' wa ar-rayatuha sauda'!"

"Bahawa bendera Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam berwarna putih, sedangkan panji beliau warnanya hitam."


Inilah panji mulia yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw, para Sahabat radhiallahu anhum dan para Khalifah yang berani menentang kebiadaban puak kuffar.
Inilah panji Rasulullah saw yang dipertahankan dengan darah dan nyawa sahabat terkenal, Ja'far bin Abi Thalib ketika perang Mu'tah dimana umat Islam yang hanya mempunyai kekuatan 3000 orang menentang kekuatan Rom dan seluruh penduduk jazirah Arab yang berjumlah 200,000. Suatu nisbah yang tidak masuk akal, 1 nisbah 60.

Seorang tentera kaum muslimin terpaksa berhadapan dengan 6 orang tentera kuffar! Di dalam peperangan ini, Ja'far bin Abi Thalib yang di amanahkan oleh Rasullah saw untuk menjadi Amirul Jihad mengepalai kaum muslimin telah ditebas tangan kirinya yang memegang teguh panji Ar-Royah! Langsung disambut oleh tangan kanan beliau!

Kemudian tangan kanannya pula dipotong tanpa belas kasihan, Ja'far bin Abi Thalib tidak mengalah, malah memeluknya dengan sisa tangan yang ada. MasyaALLAH, sahabat mulia ini akhirnya dilempar dengan lembing daripada belakang sehingga terbelah badan beliau syahid di medan peperangan! Rasulullah saw menganugerahkan gelaran Ja'far Al-Janahain kepada beliau, iaitu Ja'far yang mempunyai dua kepak yang kini sedang bebas berterbangan di jannatul Firdaus,

MashaAllah! Inilah hasilnya setelah bermati-matian memperjuangkan panji Rasulullah saw. Ganjaran ini tidak mungkin didapati oleh tentera-tentera Turki, Pakistan, dan Malaysia yang bermati-matian berperang di Afghanistan di bawah panji kotor Amerika!

Bendera Jalur Gemilang juga tidak layak untuk dimuliakan oleh kita sebagai umat Islam yang mengucapkan kalimah Laa ilaha illallah, muhammdur Rasulullah. Bendera Jalur Gemilang ini adalah sebuah bendera yang dihasilkan melalui sebuah pertandingan yang telah mendapat kelulusan King George Vl pada tahun 1950! Maka tidak hairanlah kita kalau selama ini kita melihat bendera kita ini benar-benar mirip bendera Amerika.
Subhanallah!

Panji inilah juga yang diperjuangkan oleh Panglima Perang Thariq bin Ziyad di zaman Khilafah Umaiyah yang telah memimpin futuhat ke atas Sepanyol pada tahun 711M. Setelah mendarat di sebuah tempat yang kemudiannya di namakan Jabal Thariq, beliau memerintahkan untuk membakar semua kapal dan berpidato di hadapan anak buahnya untuk membangkitkan semangat mereka:
"Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran."

Pasukan Thariq yang hanya berjumlah 7000 orang, terus menyerbu ke benteng pertahanan puak kufar di wilayah Sepanyol yang mempunyai kekuatan berjumlah 25,000 orang tidak sekali-kali mematahkan semangat mereka kerana sudah tidak ada apa-apa lagi yang perlu dirisaukan, jika mereka memenangi pertarungan ini, kaum muslimin akan mendapatkan kemuliaan, dan sekiranya mereka mati, mereka akan dinobatkan oleh Allah sebagai syuhada' fi sabilillah. Dengan berkat keimanan dan semangat mereka mengibarkan panji Rasulullah saw, Umat Islam menyebarkan cahaya Islam ke seluruh Sepanyol selama lebih dari 700 tahun lamanya!

Panji inilah juga yang diangkat tinggi oleh Pahlawan Agung Shalahuddin Al-Ayyubi ketika menghadapi tentera Salib yang diketuai King Richard di dalam perang Hittin. Tentera Salib dengan sewenang-wenangnya menumpahkan darah kaum muslimin di Baitul Maqdis dan berpesta arak di atas mayat-mayat kaum muslimin yang darahnya mencecah sehingga ke lutut. Shalahuddin Al-Ayyubi yang merupakan seorang Muslim berbangsa Kurdish tidak berdiam diri bagi menyelamatkan kehormatan umat Islam yang berbangsa Arab di Baitul Maqdis! Bagi menghadapi kekuatan tentera salib, Shalahuddin Al-Ayyubi terlebih dahulu menyatukan kekuatan umat Islam di Syria, Mesir, Sudan, Yaman, dan Hijaz sehingga berupaya membalas kembali kebiadaban tentera salib yang mengakibatkan 30,000 tentera salib mati dengan hina di tangan tentera umat Islam!

Panji inilah juga yang di junjung tinggi oleh perwira umat Islam, Sultan Muhammad Al-Fatih ketika membuka kota Konstantinople yang menjadi kubu kuat Rom Byzantium! Rasulullah saw pernah mengkhabarkan kepada kita di dalam hadithnya ketika sedang menggali Parit Khandaq;

"..Konstantinople akan jatuh ke tangan tentera Islam. Amirnya adalah sebaik-baik Amir, tenteranya adalah sebaik-baik tentera......" (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Panji inilah juga yang dibawa oleh Sultan Saifuddin Qutuz yang memerangi tentera Monggol di dalam peperangan Ain Jalut, dalam rangka membalas dendam darah 1.8 juta kaum muslimin yang ditumpahkan di Baghdad! Tentera Monggol yang tidak pernah kalah ketika itu yang menguasai jajahan seluas Poland sehingga Korea menjadi kegerunan manusia seluruh dunia memberikan pilihan kepada Qutuz samada berperang atau menyerah. Saifuddin Qutuz tidak melakukan hal yang menghinakan umat Islam sepertimana pemimpin umat Islam saat ini yang melakukan perjanjian damai dan bersalaman dengan musuh yang tangannya penuh dengan darah umat Islam. Namun Saifuddin Qutuz bangkit mengembalikan maruah umat Islam yang dicalar oleh puak kuffar monggol! Malah beliau menempelak pemimpin-pemimpin yang takut menghadapi musuh dengan berkata:

"Wahai pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankan aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad."


Wahai Kaum Muslimin!

Telah nyata keberanian nenek moyang kalian! Mereka merupakan para pahlawan yang sanggup berjuang dan siap mati demi Islam! Dan telah nyata pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin kalian yang ada pada hari ini! Mereka malah menjadi agen, menjadi hamba yang menuruti arahannya Amerika Syarikat. Mereka memberikan segala bahan galian kepunyaan umat iaitu minyak kepada Amerika dengan harga yang murah, mereka memberikan tanah-tanah umat kepada Amerika untuk membuat pangkalan tentera para syaitan yang memusuhi Allah, mereka memberikan ruang udara kita bagi mengebom saudara kita sendiri.  Mereka menghulurkan tangan berjabat mesra dengan tangan pemimpin nombor satu umat Islam yang penuh dengan darah anak-anak Palestin, Iraq, dan Afghanistan! Apakah ini pemimpin-pemimpin seperti ini kita inginkan? Ayuh bertindak melakukan perubahan.

http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1108-panji-ar-royah-panji-para-pahlawan.html

Apa lagi yang kita gaduhkan tentang politik di tanah air kita.Kita harus bersatu,membuang perbezaan bersatu atas persamaan,iaitu Islam.Setiap kali kita solat berjemaah,adalah pembuktian manusia mampu bersatu kerana Islam dengan membuang perbezaan pemikiran ketika itu.apa yang berlaku semasa solat berjemaah harus dibawa juga dalam kehidupan di luar.Penyatuan itu kekuatan,perrpecahan itu kelemahan.Harap saudara - saudara Islam sedar akan perkara ini,mari kita sama - sama mengajak saudara - saudara kita berhenti berbalah dan mula bermaaf - maafan dan bersatu atas nama Islam dengan tindakan pertama menolak demokrasi,iaitu sistem yang memecahkan antara kita.

Video - video kebangkitan Khilafah Islam seluruh dunia:

fs=1" width="350">

Kebangkitan di syria yang tidak disiarkan di Media:



Kebangkitan di Indonesia 2008:



 

Kebimbangan Kuasa besar kafir tentang kedatangan Islamic superstate




Persoalannya,adakah anda bersama jemaah yang sedang bangkit ini,adakah anda bersama kebangkitan Islamic superstate.

Kalau anda rasa penulisan ini perlu disebarkan,maka kongsikanlah kebenaran ini dengan saudara - saudara kita yang lain,setiap manusia berhak mengetahui kebenaran dan hak mereka.



Sila Klik butang LIKE di bawah untuk share posting ini terus ke Facebook anda, sebarkan maklumat ini.KONGSIKAN

Sunday 1 April 2012

KELEBIHAN UMAT NABI MUHAMMAD S.A.W.


Disebutkan bahawa Nabi Adam AS telah berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad SAW empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

> Taubatku hanya diterima di kota Makkah, sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima di sebarang tempat oleh Allah SWT.

> Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberi mereka pakaian.

> Ketika aku telah menderhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah SWT tidak memisahkan isteri mereka.

> Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad SAW derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah SWT."

WASIAT ALLAH S.W.T KEPADA RASULULLAH S.A.W


Sabda Rasulullah SAW: "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah SWT telah memberikan lima wasiat, antaranya:

1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.

2. Jadikan cintamu kepadaKu sebab tempat kembalimu adalah kepadaKu.

3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.

4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.

5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiamullail."

.
Ibrahim bin Adham, seorang Wali Allah yang terkenal, pernah berkata: "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah SWT. Lalu mereka berkata: "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu:

1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.

3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.

4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.

5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

PERIBADI DAN AKHLAK RASULULLAH S.A.W


>Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan

>Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya

>Sangat elok dan sempurna wajahnya

>Baginda memiliki perasaan yang halus

>Baginda mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena

>Baginda suka makan beramai-ramai daripada berseorangan

>Baginda bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik yang melambangkan kesombongan dan kemegahan

>Baginda makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang

>Baginda tidak pernah mengumpat, mencerca atau menghina orang lain

>Baginda memelihara rambutnya dengan kemas

>Baginda memakai serban di atas kopiahnya

>Baginda suka membalas hadiah

>Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk

>Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya

>Baginda sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yangditemuinya

>Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa

>Ketika berjabat tangan, baginda tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya

>Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak, baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka

>Baginda tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama

>Baginda sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak

>Baginda tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun

>Baginda tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat

>Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas

>Baginda sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya

>Baginda tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut

>Baginda sangat fasih dan manis dalam tutur bicara

>Baginda tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan

>Baginda amat kasih terhadap umatnya

>Baginda tidak pernah mengambil rezeki kurniaan Allah SWT melebihi keperluan makan minumnya. Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah

>Baginda sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan

>Baginda tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka

>Baginda suka menziarahi orang sakit

>Baginda amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu kemurahannya
.
>Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap

>Tangan baginda tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi

>Baginda bersikap tegas, pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
.

DOA IMAM BESAR MAKKAH


Berikut adalah doa Imam Besar Makkah sehingga menangis. Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut. Kita berdoa agar Allah meneguhkan imannya dan melindunginya, InsyaAllah...

"Ya Allah, yang memiliki segala keAgongan dan kebesaran. Ya Allah Yang Maha Berkuasa, Yang Agong, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon keagongan dan KekuasaanMu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahidin yang berjuang pada jalanMu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukanlah wawasan mereka, fokuskanlah sasaran senjata mereka dan teguhkanlah kata-kata mereka, dan Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka."

"Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka. Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka. Ya Allah, nasib kami di tanganMu, dan urusan kami akan dikembalikan kepadaMu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuanMu, kepadaMu kami serahkan kesengsaraan kami, dan jiwa kami, dan kepadaMu kami mengadu, kepadaMu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, dan kekejaman “Faajirin”, dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepadaMu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian."

"Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan. Dendam golongan Atheis telah berterusan jauh. Dan…. Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran…untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, kirimkan kekuasaanMu menentang Amerika, pusat kekufuran dan fasaad, kirimkan kekuasaanMu menentang Amerika, pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, mereka menyebarkan fasaad di bumiMu. Dan mereka membunuh hambaMu, dan mereka menghina agamaMu Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, kirimkan kekuasaan menentang mereka, Ya Allah, kirimkan kekuasaanMu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum ‘Aad, dan tangisan kaum Thamud, dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah belahkan negara mereka, Ya Allah, jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hambaMu, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hambaMu, Ya Allah, jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan." (berhenti 30 saat)

"Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. Ya Allah, uruskanlah orang-orang yang menyeksa mereka, Ya Allah, hapuskanlah mereka dengan kuasaMu dan kekuasaanMu, Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, dan kelicikan mereka sebagai kelicikan terhadap mereka. Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala do’a, Yang terdekat, untuk menerima do’a, kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janjiMu dan penerimaanMu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kataMu adalah benar : “Mintalah kepadaKu. Aku akan menerima permintaanmu”

"Ya Allah, terimalah do’a kami, Ya Allah, terimalah do’a kami, Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi. Kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, selamatkanlah Al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkan dendam Yahudi, Ya Tuhan Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, seluruh makhluk merendah diri kepadaMu, patuh,… Ya Allah, Pencipta kami dari satu Ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukanMu, Ya Allah, yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam. Ya Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa."

"Ya Allah, lindungilah ulama’ yang bekerja keras, lindungilah ulama’ yang bekerja keras. Dan teguhkah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalanMu, dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Pengasih. Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, dan mencari tempat perlindungan mereka, dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destinasi mereka, Ya Allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, dan kekuatan mereka kepada penyakit, dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, dan kekuasaan mereka kepada kelemahan….

(Sumber terjemahan: WebLadang)
.

DOA RASULULLAH S.A.W DITOLAK


Dari 'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa: "Satu hari Rasulullah SAW telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah SAW sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah SAW. Kemudian Rasulullah SAW berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah SWT.

Setelah selesai beliau berdoa, maka Rasulullah SAW pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud: "Aku telah bermohon kepada Allah SWT tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak:

1. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah SWT.

2. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh AS). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah SWT.

3. Aku telah bermohon kepada Allah SWT supaya umatku tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah ditolak)."

Hari ini kita dapat melihat sendiri banyak negara-negara Islam berperang sesama sendiri berpunca dari isu remeh-temeh, bukan kerana ingin kembali menegakkan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ke manakah hilangnya ukhuwah Islamiyah yang teguh diperjuangkan di zaman Rasulullah SAW dahulu? Fikirkan...
.

RIBA: JEMPUTAN BERPERANG DENGAN ALLAH & RASULNYA...


Firman Allah SWT: “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Rabbnya, lalu terus berhenti, maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu; dan urusannya kepada Allah. Orang yang mengulangi, maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (QS Al-Baqarah: 275)

Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi.” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391)

Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam dewasa ini, apabila mereka amat leka dengan keuntungan duniawi dan langsung tidak mempedulikan tentang besarnya dosa mengamalkan riba. Justeru, di sini disertakan beberapa nas Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang menerangkan tentang besarnya dosa yang ditanggung oleh sesiapa yang mengamalkan riba.

Allah dan RasulNya Mengisytiharkan Perang Terhadap Pengamal Riba
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki riba itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat, maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiayai.” (QS Al-Baqarah: 278~279)

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia seolah-olah akan berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini juga membayangkan bahawa permusuhan antara Allah dan RasulNya dengan pengamal riba berlaku semenjak kehidupan di dunia lagi sebelum menerima hukuman di akhirat. Maka, malanglah nasib bagi individu atau pemimpin yang tidak mempedulikan larangan tentang riba.

Ibn Abbas r.a. diriwayatkan pernah berkata: “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat: “Ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT.” (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)

Berkatalah Abu Hanifah rahimahullah pula: “Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan.” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik bin Anas rahimahullah pula berkata: “Telah ku buka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari riba, kerana Allah SWT mengisytiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya.” (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364)

Berkata Imam Qatadah rahimahullah: “Allah menjanjikan ahli riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya di mana sahaja mereka berada.” (at-Tabari, 3/72)

Hilang Keberkatan Harta dan Kehidupan
Allah SWT berfirman: “Allah susutkan riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.” (QS Al-Baqarah: 276)

Hilangnya Keberkatan Di Dunia dan Akhirat
Di Dunia: Antara tanda hilangnya keberkatan harta orang terlibat dengan riba adalah hilangnya atau habisnya harta pemilik secara tidak berfaedah dengan mudah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak). Antaranya juga harta tersebut akan menjadi penyebab untuk pemiliknya melakukan banyak maksiat serta kerosakan, hilang sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harta yang banyak, seperti rompakan, kecurian, penipuan serta doa orang yang dizalimi olehnya juga lebih makbul. (Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982, 1/224).

Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Mas’ud r.a.: “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa.” (HR Ahmad; Al-Hakim mengatakannya sahih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan (Fath al-Bari, 4/399)

Di Akhirat: Berkatalah Ibnu Abbas r.a.: “Tidak diterima dari pemakan riba sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.” (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

Pengamal Riba Umpama Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Rasulullah SAW bersabda: “Riba mempunyai 73 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.” (HR Ibnu Majah, 2/764; Al-Hakim: Sahih menurut syarat Bukhari dan Muslim)

Lebih Berat dari 36 Kali Zina
Rasulullah SAW bersabda: “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali.” (Musnad Ahmad , 2/225; Ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sahih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadis Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103)

Riba Adalah Salah Satu Dari Dosa Terbesar
Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW: “Jauhilah tujuh dosa besar: Syirik, Sihir, Membunuh tanpa hak, Makan harta anak yatim, Makan riba, Lari dari medan peperangan (kerana takut) dan Menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil).“ ( HR Bukhari dan Muslim)

Wallahua'lam.

DIALOG PEMUDA ISLAM DAN PADERI




Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menamatkan pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan ilmu pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah untuk memeluk Islam.

Pada suatu hari, mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan, akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaan temannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku di dalam gereja tersebut.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata: "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata: "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini bangun berdiri dan keluar dari gereja tersebut.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi: "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab: "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda tersebut dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima seruan debat tersebut.

Paderi berkata: "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. " Si pemuda tersenyum, lalu berkata: "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya: "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api? Siapakah yang diazab dengan api? Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu? Siapakah yang diazab dengan batu? Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah SWT. Setelah membaca Basmalah, dia berkata:

- Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.

- Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman: "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (QS Al-Isra': 12).

- Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

- Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

- Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.

- Tujuh yang tiada lapannya ialah langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman: "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (QS Al-Mulk: 3)

- Lapan yang tiada sembilannya ialah malaikat pemikul Arasy Ar-Rahman. Allah SWT berfirman: "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka." (QS Al-Haqqah: 17).

- Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa AS yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kemarau, katak, darah, kutu dan belalang.

- Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman: "Barangsiapa yang berbuat kebaikan, maka untuknya sepuluh kali lipat." (QS Al-An'am: 160).

- Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah saudara-saudara Nabi Yusuf AS.

- Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah: "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (QS Al-Baqarah: 60).

- Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah saudara Nabi Yusuf AS ditambah dengan ayah dan ibunya.

- Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT berfirman: "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (QS At-Takwir: 18).

- Kuburan yang membawa isinya adalah ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

- Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf AS, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya: "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." (QS Yusuf: 17) Setelah kedustaan terungkap,Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." (QS Yusuf: 92) Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (QS Yusuf: 98)

- Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara keldai. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (QS Luqman: 19).

- Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam AS, Malaikat, Unta Nabi Saleh AS dan Kambing Nabi Ibrahim AS.

- Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim AS. Allah SWT berfirman: "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (QS Al-Anbiya': 69).

- Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Saleh AS, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

- Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah tipu daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT: "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (QS Yusuf: 28).

- Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak beredar. Namun dia membatalkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini dipersetujui oleh paderi tersebut.

Pemuda ini berkata: "Apakah kunci syurga itu?"

Mendengar pertanyaan itu, lidah paderi tersebut menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berjaya. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata: "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata: "Sesungguhnya aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab: "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata: "Jawapannya ialah: "Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah". "

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui lidah seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Wallahua'lam.