BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 13 March 2014

Baginda Jibril & Rahsia Matriks Syurga


222
TAJUK: Malaikat Jibril & Keluasan Matriks Alam Semesta


Allah berfirman:
Sungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di planet bumi sebagai perhiasan baginya,
kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(Surah Qahfi, Ayat 7.)


Apa itu matriks?
Jawapannya u all kena "study" apa jawapan tuhan pada "sebilangan malaikat yang boleh direct berkata2" dengan Allah. Malaikat2 yang akhbar ini ketika itu dipimpin oleh Azazil, 1 makhluk hebat dari spesis Jin melalui keturunan pure JAN yang diangkat makamnya sehingga level menjadi ketua di "galaksi terahsia". Hari ini, kita mengetahui bahawa planet bumi terletak di bawah jaringan yang termaktub dengan taklukan "masa", maknanya apa? Maknanya kebolehan untuk boleh "binasa" itu tetap ada. Tapi korang tak tahu berapa billion tahun si Azazil ni dulu sama2 menguruskan alam galaksi ini ? Berapa lebar ruang yang Allah kurniakan pada daerah2 tadbir Azazil & The Gang untuk menyeimbangkan alam semesta ini? Dan paling penting sekali, kalau dah sebegini besar kepercayaan Allah sehingga Azazil jadi ketua kepada berbillion juta ratusan ribu pegawai high ranking malaikat di alam semesta, kenapa perlu Azazil tewas kepada "asbab" penciptaan Adam ? Adakah kerana Adam bakal dikurniakan "ruang" yang lebih besar dengan nama2 yang bakal diajarkan kepadanya PADA WAKTU YANG TERMAKLUM itu, sehinggakan terdetik sifat merajuk dalam hati Azazil yang suci ini dan mendown-gradekan lagi makamnya sehingga lah tiba hari yang diperintahkan untuk beliau "sujud tanda hormat" kepada jasad Adam pun gagal dipenuhi oleh beliau ? Haa.... ada misteri lagi di sini rupanya mengenai rahsia matrix. Ada 1 kisah yang panjang di sini. Kat Al-Quran tu "kesimpulannya" sahaja.................... ;)


Matriks dalam terminologi akhir zaman bermaksud "ruang".
Bila sebut mengenai ruang, kita tak dapat mengelak dari "dimensi". Bila ada dimensi maka mesti ada sifat wajibalwujud "jaringan"nya. Tidak semua ruang yang Allah zahirkan ini boleh diukur oleh "barangan ciptaan manusia". Contohnya, manusia boleh mengukur kelajuan kereta Honda Accord dengan kehadiran perangkap laju di lebuh raya, yang anehnya, manusia juga mampu mengukur kelajuan "cahaya". Kenapa hal ini diizinkan Allah ? Jawapannya, cahaya adalah sifat yang telah tertakluk dalam matriks yang kita diami ini. Soalan untuk anda, sebutkan kepada saya apa alat dari "barangan ciptaan manusia", yang boleh mengukur pergerakan jin atau pun malaikat ? Jawapanya TIDAK ADA. Sebab apa tak boleh ? Sebab matriks mereka dan matriks kita adalah berbeza... Tetapi... ada TETAPI nya pula... Bukan alat yang sememangnya tak dapat detect, tetapi jasad manusia itu dapat mengesan makhluk lain, sebab itu "bulu roma" anda boleh meremang, kerana epidermis kita ada makam2 yang boleh ditrigger secara otomatik, apabila2 lubang2 matriks terbuka. Jasad kita punya alat itu, cuma manusia aje tak tau bila nak pakai. Ha... sebab itulah ada ilmu scanning & ilmu chaneling........ ok kita sambung lagi kat bawah... Sebab tu ada baginda Nabi Muhammad pecah rahsia kenapa kena puasa sunat selalu, kenapa pula yang dikatakan syaitan boleh berenang2 dalam pembuluh darah kita, kenapa darah kita ada berjenis2, dan kenapa kalau marah kena segera minum air, sebab tu belajar, bukan belajar duk syok membaca aje kat internet, lepas tu esok hari terus lupa... ok kita sambung lagi mukadimah ni sebelum kita sampai bab XPDC baginda Jibril merestas galaksi syurga... :)


Pengisian Makhluk Di Dalam Matriks
Sebagai contoh, malaikat diciptakan "dari" cahaya, adakah sifat fizik malaikat di alam semesta ini semuanya CAHAYA ? Jawapannya tidak. Nak contoh lagi ? Baik..., jin diciptakan "dari" api yang panas, adakah jin yang ada kat sebelah kita ni masih bersifat API ? Jawapannya tidak. Untuk memudahkan anda paham... Ya, manusia diciptakan dari tanah, tetapi adakah anda "pada saat ini" berupa seperti tanah ? Jawapannya, sudah tentulah tidak...!!! Ada manusia diciptakan dari tanah yang bercampur, ada manusia dicipta dari tulang, ada manusia dicipta tanpa ibu & bapa, ada manusia dicipta tanpa bapa sahaja, dan manusia selebihnya dicipta dari campuran air mani semata2, adakah manusia di sebelah anda masih bersifat tanah ?
Jawapannya = sudah tentulah tidak...
Itulah konsep matriks di bawah 1 jajahan taklukan masa yang pasti binasa.


Pergerakan Makhluk Di Ruang Matriks Yang Berbeza
Di dalam salah 1 wahyu yang teragung, Jin telah melepaskan kata2nya iaitu, kami melihat manusia "dari sudut" yang mereka tak ketahui. Di sini jelas mengajar kita, tetap ada manusia yang boleh melihatnya melalui lubang2 matriks yang dirahsiakan saat2 berlakunya keterbukaan "lubang" itu. Dalam sumber hadis pula, sahabat nabi berjaya menangkap seekor jin kafir dalam bentuk budak kecik yang ketika itu 3 hari berturut2 mencuri makanan dalam gudang, dipendekkan cerita, budak jin itu akhirnya dilepaskan selepas dia menghadiahkan "khasiat ayat Qursi", akhirnya barulah sahabat tahu yang dilepaskannya itu adalah seekor budak syaitan (jin kafir) iaitu selepas diberitahu oleh baginda Nabi Muhammad selepas selesai sesi aduan si sahabat ni tadi, dalam terminologi Bahasa Melayu, budak jin itu dinamakan "TOYOL". Tapi hadis tersebut takde pun menamakan makhluk tu dengan nama2 tertentu. Kenapa pula umat Melayu sangat handal mengenal makluk ini ? Inilah yang cuba saya ceritakan iaitu perihal MATRIKS. Tak semua bangsa dikurniakan kebolehan ini. Ia ada kaitan dengan dimensi + ruang + matriks yang hanya boleh ditembus pada satu2 masa pada saat2 tertentu aje. Dan kelebihan ini ada diwarisi oleh 2 bangsa yang handal dengan alam matriks ini, iaitu Melayu & Yahudi, akan diceritakan dalam kuliah akan datang...


Apa yang nak disampaikan sebenarnya ?
OK, macamni, bila kita bicara pasal matriks, ia pasti membabitkan stargate yang akan membuka ruang & jaringan. Benda fizik mestilah diukur dengan benda fizik di dalam dimensi yang sama, tetapi, bagaimana pula mengukur benda yang tak nampak, tetapi wujud dalam matriks kita ? Contohnya, kita ambik sehelai kertas dan letak depan mulut kita, kita pun hembus, Fuh.......... kertas itu mungkin berkibar atau melayang, soalannya, bagaimana mungkin ia boleh bergerak, kalau "angin" nya kita tak nampak ? Kita tau angin tu wujud, tapi kau nampak ke ? Ha.... inilah rahsia "matriks di dalam matriks". Sifat fizik angin anda boleh "rasa" lagi, sebab itu barangan ciptaan manusia, masih boleh memintas kelajuan angin, samalah halnya dengan apa2 jua yang mata tak boleh nampak, tapi masih boleh diukur dengan "barangan buatan manusia", contohnya apa ?
Contohnya:
- sifat bunyi (tak boleh lihat & takleh pegang, tapi boleh diukur)
- sifat cahaya (boleh dilihat, dirasai, bahkan boleh dihitung lajunya)
- contoh2 ini merupakan sifat matriks di dalam matriks


Hukum Sunnatullah & Matriks
Sebab itu Allah sengaja dedahkan jasad manusia di dalam tanah, ada jasad tak dimakan kuman atau ulat, sebab "matriks" mayat & jasad itu telah berbeza, molekul jasadnya tak dapat dihadam oleh matriks yang berada di bawahnya kerana jasadnya telah di"samawat"kan, seperti contoh, anda zikir bersendirian tanpa mengeluarkan suara, tapi anda boleh mendengar suara anda, soalannya, sifat suara anda itu berada dalam dimensi yang lain kah atau kekal di matriks yang sama cuma dimensi sahaja yang berbeza? ya... ia ibarat baginda Nabi Ibrahim dibakar dalam api selama berpuluh2 jam, adakah "jasad" ibrahim benar2 berada di matriks yang sama ? sedangkan manusia seluruhnya melihat secara langsung baginda Ibrahim dibakar terus menerus ? Atau jasad api itu dikekalkan, tapi sifat panasnya api itu disorokkan di dimensi yang lain pada tempat yang sama tapi matriks yang berbeza? Inilah rahsia matriks di dalam matriks. Salah 1 ilmu matriks yang pernah Allah berfirman:
"Hai api,
jadilah engkau sejuk & selamat sejahtera kepada Ibrahim...! "
(Surah Al-Anbiyaa' Ayat 69)
Nota:
tukar nama ibrahim kepada nama anda,
kalau anda dilanda bencana api, confirm api tu sejuk, tak percaya ?
Padahal api itu sifat wajibnya panas, ke manakah hilangnya sifat itu? So, kesimpulannya, manusia ni boleh hebat HANYA apabila dia "jadi hamba kepada pencipta matriks ini". Bukan hamba dajjal yang memanipulasi matriks ini. Selawat & salam kepada kesayangan kita Nabi Muhammad cahaya semesta alam.


Mari Kita Dengar Cerita Baginda Jibril Merentas Alam Semesta
ALIF:
Sungguh...
1 hari dari hari sisi Tuhanmu,
adalah menyamai 1000 tahun dari yang kamu hitung.
[Al-Quran, Surat Ke 22, Ayat 47.]

BA:
Dia mengatur urusan dari langit ke bumi...
kemudian urusan itu naik kepadanya dalam 1 hari,
yang ukuran lamanya 1,000 tahun menurut perhitunganmu."
[Al-Quran, Surat Ke 32, Ayat 5]

TA:
“”Malaikat dan roh...
naik kepada-Nya pada 1 hari...
yang kadar ukurannya adalah 50,000 tahun”
[Al-Quran, Surat Ke 70, Ayat 4]

Pada ketika inilah, perjalanan dilajukan 50 kali ganda, mari kita ulangkaji kuliah matriks kita yang lepas mengenai perihal baginda Jibril telah mendapat izin Allah untuk mengembara 1 jenis galaksi syurga yang diberi nama SYURGA MA'WA, bahkan kelajuan baginda Jibril yang melebihi super cahaya itu pun masih belum mencapai 1/3 atau 1/4 bahkan 1 titik perpuluhan dari jarak SYURGA MA'WA yang baginda jibril takjub akannya pun masih belum selesai direntasi, wow...rahmat apakah yang sedang Allah sediakan untuk kita? Untuk pemahaman, galaksi syurga yang pernah baginda Jibril XPDC ratusan ribu tahun cahaya dahulu merupakan 1 kurniaan NIKMAT kepada manusia yang rajin mengerjakan solat sunat 2 rakaat. Ceritanya begini...

Syurga = adalah galaksi (unlimited & uncountable & infiniti)
PERIHAL Solat 2 Rakaat & Matriks Syurga (JARAK)
Diriwayatkan bahawa Baginda Nabi Muhammad Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
"...Setelah Allah selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap,
yang panjang sayap itu antara timur dan barat,
(ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku,
adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud...
"Tidak".
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur kepada Allah,
dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun...
(waktu planet bumi kah atau waktu syurga ???).
Setelah selesai Jibrail as solat,
maka Allah berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail,
kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh,
dan tidak ada 1 makhluk pun yang menyembah kepada ku seperti ibadat kamu,
akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,
namanya 'Muhammad.'
Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat 2 rakaat yang hanya sebentar sahaja,
dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar2 juga.
Maka demi kemuliaan Ku dan ketinggian Ku,
sesungguhnya solat mereka itu **aku lebih sukai** dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah Ku,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah Ku."

Kemudian Jibrail as berkata:
"Ya Tuhanku,
apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail,
akan Aku berikan **syurga Ma'waa** sebagai tempat tinggal..."
Kemudian Jibrail as meminta izin keada Allah untuk melihat **syurga Ma'waa**.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT,
maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang,
(sangat berkemungkinan besar lagi laju dari cahaya),
setiap dia mengembangkan 2 sayapnya,
dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun,
(waktu planet bumi kah atau waktu syurga ???),
terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun,
sehingga dia merasa letih dan lemah,
dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon,
dan dia sujud kepada Allah lalu dia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku,
apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan 1/3 nya,
atau 1/3 nya, atau 1/4 nya...?"

Kemudian Allah berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail,
kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun,
dan meskipun aku memberikan kekuatan kepada mu seperti kekuatan yang engkau miliki,
lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,
nescaya kamu tidak akan sampai kepada 1/10,
dari beberapa perpuluhan yang telah ku berikan kepada umat Muhammad,
terhadap imbalan solat 2 rakaat yang mereka kerjakan....."


SOALANNYA:-
yang sedang baginda Jibril tempuhi itu,
planet kah ?
atau galaksi terahsia ?
- ada berapa banyak jenis syurga yang Allah pernah sebut dalam bahasa Arab di dalam Quran ?
- syurga apakah pula rankingnya paling tinggi ?
- dalam banyak2 galaksi yang pernah diteropong di akhir zaman sekarang melalui satelit nun di atas sana, adakah salah 1 nya yang berjaya dicerap merupakan dari salah 1 tempat yang pernah baginda Nabi Muhammad pernah singgah ?
(kalau ada jawapannya sekali pun, kita tak tau benar atau tidak.)
- syurga ada macam2... (syurga bukan hanya ada 1 aje)
- begitu juga neraka...
(neraka bukan ada 1 aje, siap ada berjenis2 lagi, dan kelebarannya akan diselitkan pada siri akan datang)
- soalan cepu emas lagi...
tidak mungkinkah satelit2 yang duk meninjau2 kat langit tu, secara tak sengaja sudah pun pernah lihat kelibat syurga & neraka? saya yakin mesti pernah, tinggal lagi diorang tak perasan imej2 yang mereka lihat itu rupa2nya adalah *mungkin* sebahagian dari kelibat2 syurga & neraka.
- apa buktinya ? buktinya...
alangkan di zaman baginda Nabi Muhammad itu pun baginda & para sahabat pernah mendengar bunyi jatuhnya sebijik batu dari neraka tanpa apa2 pun bantuan teknologi yang kononnya kita anggap canggih pada hari ini, masa kan pulak kita tak melihatnya REAL di depan mata ? Tinggal lagi kita takde nabi atau setaraf dengannya untuk mengatakan itu adalah itu...


PENUTUP KULIAH MATRIKS:
'Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan,
dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya,
kerana sesungguhnya engkau,hanyalah seorang pemberi ingatan.
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka.
(Surah Al-Ghasyiyah : 21-22)


KESIMPULAN:
'Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia,
supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?'
(Surah Yunus: 99)


Nota:
Kuliah Matrix yang hamba adakan secara terbuka & tertutup selama ini adalah sekadar model untuk pemahaman masalah kehidupan manusia dari kaca mata akhir zaman, di mana ianya tidak mengubah sedikit pun konsep dan kepercayaan sebenar ilmu kerohanian itu sendiri. Kuliah sebelum ini cuba untuk menyederhanakan isi kandungannya sesuai dengan tingkat kefahaman awam pada peringkat SYARIAT lagi. Sedangkan mereka yang bertahap shriner, indigo, pelangi, sudah pun memintasnya dari awal... Penulis gemar melabelkan isi dunia ini dengan kata nama MATRIKS

~JUE
Manusia menjadi musuh kepada apa yang tak diketahuinya.

0 ulasan: