BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 20 December 2011

11/13 = Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada_Rakyat_Jelata


●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

Gurindam Rintihan Raja-Raja Melayu

(sebarkan sehingga sampai ke mata-telinga TUANKU)

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●



11/13 = Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada Rakyat Jelata

disusun oleh:

Srikandi (pewaris Bani Jawi)


Assalamualaikum pemula bicara,

Kepada semua rakyat beta,

Hamba rakyat raja di jelata,

Moga selamat aman sentosa.



Pujaan langit Allah yang Esa,

Salawat junjungan Nabi sentiasa,

Ahlul-bait dirahmati semesta,

Juga kepada sahabat berjasa baginda.

















Raja-Bendahara satu zuriat,

Iskandar Zulkarnain asal hakikat,

Memutus bicara bersatu wa’ad,

Daulat... Bertambah daulat !!!



Wahai cucunda Raja-Raja Melayu,

Hibanya hati nenda nan sayu,

Payungi kembali agama wahyu,

Jangan biarkan bangsa ku melayu.



Istilah Melayu hakikatnya terang,

Ciri tasawuff bukan sembarang,

Tawadhu’ diri sifat cemerlang,

Ujub takabbur semuanya hilang.



Bangsa Melayu tinggi ruhaniyyat,

Dengan Allah diri diikat,

Alam akhirat selalu diingat,

Membuat kebajikan itulah tekad.



Wahai cucunda Raja Melayu sekelian,

Rintihan nenda sila dengarkan,

Tampil kembali sila ke depan,

Bangsa Melayu perlu ketuanan.



Bicara kita bukan sembarang,

Terbit dari kalbu nan bimbang,

Ingin berkongsi sejarah gemilang,

Buat ibarah pedoman yang terang.



Bangsa Melayu pernah berdaulat,

Tulus budi tinggi martabat,

Memegang adat menjunjung syariat,

Pernah menempa zaman nan hebat.



Dimana raja di situ kerajaan,

Sudah tertakdir kurniaan Tuhan,

Raja Melayu nobat kedaulatan,

Hamba Melayu menjunjung sultan.


















Demang Lebar Daun bangsawan gahara,

Asal leluhur keluarga bendahara,

Sang Nila Utama dijadikan putera,

Ijabkabulkan dengan si dara.



Sang Nila Utama bangsawan bertuah,

Demang Lebar Daun mengurnia daulah,

Negeri Palembang kerajaan diserah,

Raja Melayu ditabal sudah.



Demikian adanya sumpah setia,

Asal Melayu Bendahara tuannya,

Hamba Melayu amanah pundaknya,

Nila Utama diserah tonggaknya.



Wa’ad Melayu sudahlah terang,

Bangsa Melayu adatnya terbilang,

Raja Melayu manikam benderang,

Bendahara Melayu permata gemilang.



Tersebut kisah negeri Melaka,

Rakyat jelata berkapal belaka,

Ramai pedagang membuat harta,

Pesat dan masyur seisi kota.



















Raja Melaka mendapat firasat,

Bermimpi Nabi (SAW) memberi amanat,

Allah hendak memberi mandat,

Supaya baginda menyebar syariat.



Raja Melaka gelisah nan amat,

Terkenang mimpi dapat hidayat,

Sekonyong baginda jadi terperanjat,

Anu baginda telah disunat.



Sayyid Abdul Aziz seorang ulama,

Dari Jeddah membawa amanat,

Mengajar raja syahadah azimat,

Maka zahirlah segala alamat.



Ulama keturunan Rasulullah (S.AW.),

Jolokan AHLUL-BAIT dalam risalah,

Sama mendokong tugas dakwah,

Diberi kemuliaan duli Khalifah.



Sultan Muhammad nama diberi,

Menggerak dakwah tak kira hari,

Syariat Islam sudah terdiri,

Wajah bercahaya penuh berseri.



Maka masyurlah titah Sultan,

Agama Islam menjadi anutan,

Amal hakikat mencetus kesan,

Melaka menempa zaman keemasan,



Ulama syariat ulama tariqat,

Membimbing Raja amalan muafakat,

Gotong royong amalan rakyat,

Seisi negeri mendapat berkat.



Kesultanan Melayu rantaian khilafah,

Ajaran Tauhid menjadi falsafah,

Mengikut amalan sunnah Rasulullah (SAW),

Sejahtera dunia serta akhirah.



Raja Melaka mencurah jasa,

Pencetus tamadun budaya bangsa,

Agama dan adat diadun mesra,

Bangsa Melayu jadi perkasa.



Bukanlah maksum Raja Melaka,

‘Aib peribadi ada belaka,

Namun rakyat tetap dijaga,

Lindungi bangsa dari celaka.



Sultan Muhammad jasa tak hilang,

Sultan Muzaffar da’iee cemerlang,

Sultan Alauddin taqwa terbilang,

Sultan Mansur menempa gemilang.



Sultan Mahmud sejarahnya malang,

Mengikut kata fitnah petualang,

Bala turun Portugis menyerang,

Namun raja tetap berjuang.



Raja Melaka bermacam sejarah,

Suka dan duka dibuat ibarah,

Jasa dan bakti tetap dicurah,

Tonggak Melayu sedikit tak goyah.



Dalam sejarah Melayu nan panjang,

Banyak penjajah telah mendatang,

Penuh takabbur ajak berperang,

Raja dan rakyat mahu diganyang.



Orang Melayu penuh budiman,

Akhlak dan budi penuh santunan,

Namun agama jangan perlekehkan,

Badan dan nyawa galang gantikan.



Orang Melayu bertasawuff belaka,

Hubungan Allah sentiasa dijaga,

Bila si kafir nak buat celaka,

Jihad sabil isytihar senegara.



Bila penjajah isytihar perang,

Ulama ke depan beri perangsang,

Bersama rakyat jadi hulubalang,

Raja Melayu turut berjuang.



Pesanan cerdik pandai terbilang,

Jikalau daulah hendak cemerlang,

Nawaitu agama perlu dipegang,

Nescaya terbit kerajaan gemilang.



Jika dibuat kerana Allah,

Umat Islam tak akan mengalah,

Nyawa dan badan sanggup diserah,

Bersama Tuanku duli Khalifah.



Umat mengharap syurga menunggu,

Di medan jihad saling membantu,

Walau maut muncul di pintu,

Wajah berseri sedikit tak buntu.



Zaman berzaman begitu keadaan,

Ulama umara satu fahaman,

Raja dan rakyat seperti sebadan,

Bangsa Melayu Allah daulatkan.













Apa nak buat dah takdir zaman,

Umat ditimpa penyakit Al-Wahan,

Cinta dunia takutkan kematian,

Fitnah rempuh berasak-asakan.



Sampai waktunya sudah tersurat,

Petualang Melayu mendapat kudrat,

Dengan Inggeris ambil muafakat,

Dari Illahi putuslah rahmat.



Petualang bangsa buat mudarat,

Pedoman baru berganti tempat,

Siapa kuat dia kudrat,

Tanah Melayu jangkitnya melarat.



Ditolak ketepi benar dan salah,

Dinilai kira, menang dan alah,

Sesuka hati adat diubah,

Akhirnya Melayu mendapat tulah.



Aturan lama tiadalah tempat,

Pusaka bangsa kini merempat,

Inggeris durjana masihlah sempat,

Agama dan adat sering diumpat.



Aturan Melayu Inggeris membenci,

Ke sana-sini mencaci-caci,

Aturan bangsanya sering dipuji,

Konon sempurna tiada yang keji.



Bangsa Melayu binasa adat,

Raja Melayu luput hakikat,

Tanah Melayu hilanglah daulat,

Bumi bertuah Inggeris mendapat.


















Sudah suratan apalah malang,

Petaka bangsa tak dapat dihalang,

Warisan murni runtuhlah tiang,

Permata Melayu sudahlah hilang.



1957 Malaysia merdeka,

Sorak sorailah semua belaka,

Apalah malang musibah tak leka,

Bangsa Melayu masih celaka.



Mengapa daulah tidak dipulangkan,

Kepada yang berhak institusi kesultanan,

Sebagaimana dahulu resmi kerajaan,

Sebagai mengikut aturan Tuhan.



Mengapa sekular negara diserah,

Kepada bangsa menjadi barah,

Kemelut Melayu tak sudah-sudah,

Semakin lama semakin parah.



Perintah negeri amanat Tuhan,

Telah sedia adat dan aturan,

Pelihara rukun zaman berzaman,

Bangsa Melayu tetaplah aman.



Demi Allah demi RasulNya (SAW),

Cunda semua peganglah daulahnya,

Jadi payungan Melayu semula,

Jadi pelindung adat agama.



Pulihkan semangat, maruah bangsa,

Hakikat Melayu kembalikan bisa,

Walau kuasa yang tinggal sisa,

Jangan sekali berputus asa.



Ketuanan Islam harap kembalikan,

Keluhuran adat tolong pulihkan,

Adat dan agama jangan pisahkan,

Ia umpama nyawa dan badan.



Raja Melayu menjaga negeri,

Umat Melayu kembali berdiri,

Bersama meredah onak dan duri,

Naungan Allah pasti kembali.



Kita berjumpa di akhirat kelak,

Berkumpul sama jemaah umara,

Dengan Allah kita menghadap,

Moga diterima amal mujarab.



Sekian bicara kita adanya,

Raja Melayu dari makamnya,

Kepada semua raja rakyatnya,

Moga mendapat faedah darinya.

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●



11/13 = Dari Anak Raja (Darah Naga) Kepada Rakyat Jelata

The Origin of The Sea Dragon


















NAGA MELAYU



Kira-kira abad ke-6 Masehi,

seorang raja dari negeri Chenla telah berjaya menakluk seluruh jajahan Funan,

sebuah empayar lagenda Indochina dan Asia Tenggara.

Raja itu kemudiannya memerintahkan tukang ukirnya memahatkan kejayaan itu

dalam sebuah batu bersurat yang akan diletakkan di dalam sebuah kuil suci.

Dalam batu bersurat itu,

raja tersebut, Bhavavarman II...

telah menggelarkan dirinya sebagai,

"Mala Malayu iva Malayam raja"

yang bermaksud:

(((( Raja Mala dari Malayu...)))



Nun jauh di pedalaman,

mitos tentang naga-naga laut yang bernama...

Seri Gumum,

Seri Pahang,

dan Seri Kemboja,

berlegar-legar di kalangan masyarakat orang Jakun yang tinggal di sekitar Tasik Chini.

Cerita tentang naga-naga laut itu diwarisi dari zaman-berzaman,

mengungkapkan rahsia antara orang Melayu dan suku-suku Mon-Khmer pada zaman purba.



Lagenda Khmer mengatakan bahawa seorang lelaki yang bijaksana

telah berjaya menawan hati seorang puteri dari keturunan 'Naga'.

Catatan China dari pelbagai dinasti termasuk Dinasti Qi

menyebutkan nama puteri ini;

Ye-ye

yang diterjemahkan oleh pengkaji Eropah sebagai:

Coconut Leaf...



Anehnya,

sejarahwan Champa yang berkongsi budaya dengan dunia Melayu

menuliskan nama puteri itu sebagai:

((( Mayang Mengurai...)))





Dalam catatan yang lain ada menyebutkan tentang 'Mala Dynasty' ,

iaitu nama sebuah dinasti purba yang dikenali sebagai pemerintah 'Malayang'

yang muncul dalam banyak manuskrip purba Khmer sebagai 'negeri-negeri Malayu'.

Bangsa Malayu dicatat dalam lagenda Khmer

sebagai keturunan yang berasal dari Naga Laut Mohodhara,

yang menyukai bunga-bungaan...!!!

Menariknya,

raja-raja Lao awal menggunakan gelaran diraja 'Sisattanakanahok'

yang berasal dari kata 'Sri Si AntanNaga Nahud' ,

iaitu gelaran raja-raja Melayu purba terutamanya oleh Raja Champa, Simha Jayavarman.

Terdapat beberapa rahsia lagi yang tertulis dalam kitab-kitab kuno,

dalam tulisan Pali di sebuah kuil purba di Thailand...

Dan di dalam 'circle' para penulis kerohanian Eropah,

ada mengungkapkan tentang sebuah peradaban silam yang tenggelam di lautan Pasifik...














Kapal Melayu (Kura-kura Cora)

Penemuan Srikandi (yang digelapkan penguasa yang jahat):

- dari kitab-kitab purba Mon seperti Chamadevivamsa dan Jinakalamali...

- dari rahsia-rahsia yang tersembunyi di dalam Chiang Mai Chronicles...

- dari epik La Galigo yang penuh misteri...

- bait-bait dalam kitab Pararaton...

- kain suci yang tergantung dalam sebuah wat purba di Ranong,Thailand...

- petunjuk-petunjuk dalam Hikayat Merong Mahawangsa...

- makna-makna yang sulit di dalam prasasti-prasasti Angkor

- rahsia yang terlakar pada tembok runtuhan di My Son,Vietnam...

- laluan sepi ke kota Gelanggi...

- kotak misteri di dalam runtuhan pagoda di Bagan,Burma

- pintu rahsia ke bawah tanah Borobudur,Indonesia

- ukiran-ukiran di Angkor Wat...

- manuskrip-manuskrip purba kaum Batak Simalungun di Danau Toba...

- lembar-lembar lusuh di sebuah kuil tua di Luang Phrabang,Laos..

- makam purba di belantara,Brunei Darussalam...

- tulisan-tulisan pada batu besar di Papua dan Maluku...

- mitos puak-puak aborigine di Hawaii...

- dari rekod-rekod imperial China seperti Book of Song,Book of Liang,Book of Wei,Book of Sui

- dan catatan para pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua.....





Di sana...

ada sesuatu...

DAN AKAN DATANG...

Mei 2012

"The Origin of The Sea Dragon"

Alter Terahsia Bangsa Melayu ver4.0 Deluxe



Antara kajian menarik:

- Rahsia dari Prasasti (batu bersurat)

- Petunjuk Tersembunyi dalam Jinakalamali

- Mitos di kalangan penduduk Polynesia

- Legenda naga dalam masyarakat Jakun

- Lagenda naga dalam kesusasteraan Khmer

- Naga Soma, Mayang Mengurai dan Ye ye



dan banyak lagi...

disusun oleh

~Srikandi

punkhistorian_

(Srikandi adalah penulis tetap dalam MistisFiles.

Artikel ini ditulis berdasarkan kajian peribadi sang PUTERI berdarah diraja.)

~Malayu from Lords of The Sea Dragon~

Srikandi

'Vampire blood in the chalice of the emperor'

03 Disember 2011

Sabtu

12:00 am

(Waktu SriwijayaMala)


















●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●

Nota:

Info dalam FB ini,

yang dipamerkan sebahagian besarnya adalah lakonan semata.

Ini dilakukan supaya anda berfikir panjang,

sebelum menerima apa-apa ilmu.



Saya nak buat penafian sikit.

Saya Srikandi/Cik Seri tidak ada akaun Facebook seperti...

fb Princess Anis, Bunga Sriwijaya atau sebagainya.

Saya tak menghalang para peminat membuka medium penyebaran artikel-artikel saya

tetapi admin yang menguruskan akaun-akaun mereka itu,

yang mengeksploitasikan nama dan kajian saya

diminta jangan mengambil kesempatan ke atas para pembaca dan fans saya.

Harap maklum.

~Srikandi

(sila lihat INFO >>> penyamaran)

dari peminat Srikandi untuk Srikandi...

Cik Seri wanita Melayu terakhir yang sangat misteri...

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●