BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 21 April 2014

Islam itu indah.. Iman itu nikmat

Rasulullah bersabda:Apabila dua org yang tidak bertemu mencintai satu sama lain kerana ALLAH,maka orang yang lebih mencintai sahabatnya akan lebih dicintai ALLAH...(HR Tabrani & Majma uz Zawaid)

ASSALAMUALAIKUM


Apa Itu Islam?
Islam dari segi bahasa ialah tunduk dan menyerah kepada Allah Taala. Dari segi syarak pula ialah agama yang dibina di atas lima asas (Rukun Islam) iaitu:
01. (penyaksian) bahawa tiada tuhan melainkan Allah Taala dan bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. itu utusan Allah Taala (Rasulullah S.A.W.).
02. Mendirikan solat fardhu lima kali sehari di dalam waktunya dengan rukun dan syarat yang sempurna.
03. Mengeluarkan zakat setelah cukup kadar dan waktunya.
04. Berpuasa di bulan Ramadhan.
05. Menunaikan haji sekali seumur hidup bagi sesiapa yang berkemampuan.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Islam dibina di atas lima perkara: Penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa bulan Ramadhan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Apa Itu Iman?
Iman dari segi bahasa ialah membenarkan. Dari segi syarak pula ialah membenarkan dengan keyakinan yang tidak terbelah bagi (Rukun Iman) kepada:
  01. Allah Taala yang Maha Esa dan Maha Pencipta serta tiada sekutu bagiNya.

        02. Malaikat yang merupakan hamba-hambaNya yang mulia dan sentiasa taat kepada suruhan Allah Taala.
03. Kitab yang diturunkan oleh Allah Taala sebagai syariat kepada manusia.
04. Rasul yang telah dipilih dan diutuskan olehNya kepada manusia untuk memberi petunjuk.
05. Hari Kiamat yang pasti berlaku untuk menghitung segala amalan manusia.
06. Qada dan Qadar yang berlaku samada baik atau buruk semuanya adalah ketentuan dariNya. Setiap perkara yang berlaku terdapat hikmah yang tersembunyi. Namun kita tetap dikehendaki untuk berusaha bagi memperolehi kebaikkan dan kejayaan.
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah Taala dan rasulNya dan kepada kitab al-Quran yang telah diturunkan kepada rasulNya (Nabi Muhammad S.A.W.) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan juga Hari akhirat maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.
(Surah an-Nisaa: Ayat 136).
Apakah Persamaan Dan Perbezaan Di Antara Islam Dan Iman?
Dari perbincangan di atas maka dapatlah kita ketahui bahawa Islam dan Iman adalah dua hakikat yang berbeza dari sudut bahasa dan syarak. Oleh itu, apabila disebut salah satu daripadanya itu maka ia juga memberi makna kepada yang satu lagi. Iman tidak dikira tanpa Islam sepertimana Islam juga tidak dikira tanpa iman kerana kedua-duanya saling memerlukan. Jadi mestilah beriman dengan hati serta beramal dengan anggota tubuh badan. Namun jika ia disebut kedua-duanya sekaligus dalam satu ayat yang sama maka masing-masing mempunyai makna yang berbeza untuk diperjelaskan.

Bagaimanakah Iman Yang Sempurna?
Keimanan yang sempurna mestilah membenarkan (meyakini) dengan hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan perbuatan. Inilah ciri-ciri serta syarat-syarat untuk mendapat kesempurnaan iman itu. Namun kesempurnaan iman tidaklah hanya terletak pada Rukun Iman sahaja bahkan ia lebih luas untuk diperbincangkan di sini. Antara contohnya:

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pada al-Hadis S.A.W. di atas menerangkan kepada kita bahawa iman tidak bertunjang di dalam diri sendiri semata-mata serta tidak teguh di dalam hati dan tidak sempurna di dalam dada seseorang Islam kecuali apabila dia menjadi manusia yang baik, jauh daripada sifat keakuan, iri hati, membenci dan hasad dengki. Dengan itu dia akan mengasihi dan membantu orang lain dengan apa yang dia suka untuk dirinya sendiri seperti selamat daripada kejahatan dan seksaan, seronok dengan kesenangan hidup, berjaya mendapat kered

Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasih untuk dirinya sendiri.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pada al-Hadis S.A.W. di atas menerangkan kepada kita bahawa iman tidak bertunjang di dalam diri sendiri semata-mata serta tidak teguh di dalam hati dan tidak sempurna di dalam dada seseorang Islam kecuali apabila dia menjadi manusia yang baik, jauh daripada sifat keakuan, iri hati, membenci dan hasad dengki. Dengan itu dia akan mengasihi dan membantu orang lain dengan apa yang dia suka untuk dirinya sendiri seperti selamat daripada kejahatan dan seksaan, seronok dengan kesenangan hidup, berjaya mendapat keredhaan Allah Taala serta mendekatkan diri kepadaNya. Seorang sahabat Nabi S.A.W. bernama Muaz R.A. telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang iman yang paling afdhal (baik) maka baginda S.A.W. menjawab:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Engkau mengasihi untuk manusia sesuatu yang engkau suka untuk dirimu sendiri dan engkau membenci untuk mereka sesuatu yang engkau benci untuk dirimu sendiri.
(Riwayat Ahmad)

Apakah Matlamat Ibadat?
Ibadat yang dikehendaki di dalam Islam bukanlah gambaran dan bentuknya yang boleh dilihat dengan pandangan semata-mata akan tetapi yang dikehendaki oleh Islam dengan ibadat ialah tujuan serta makna dan pelaksanaan sesuatu ibadat itu. Oleh itu, tiada manfaat solat yang tidak dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar sebagaimana tiada faedah juga puasa yang pelakunya tidak dapat meninggalkan kebatilan. Walaubagaimanapun tidaklah beerti kita boleh meninggalkan ibadat jika tidak mencapai hasilnya akan tetapi yang dikehendaki di sini ialah sentiasa berusaha membawa diri supaya ikhlas dan cuba mencapai segala tujuannya. Kesimpulannya: Kita memahami bahawa Islam itu adalah terdiri daripada aqidah dan amalan. Maka tiada manfaat serta faedah  tanpa iman sebagaimana tidak wujud iman tanpa amalan.

Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.
(Surah ali-Imran: Ayat 19).

Panji Hitam Ufuk Timur

 

Panji Hitam Dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak akan dikalahkan oleh sesiapa dan apa jua tentera kerana tentera ini mendapat perlindungan dari Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi Laknatullah yang telah membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini akan dipimpin oleh Imam Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita, sama-samalah kita berjuang di jalan Allah. Terdapat beberapa hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari Timur.

1.   Sabda Nabi SAW : Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW : Orang ramai dari Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

3.   Sabda Nabi SAW : Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

4.  Sabda Nabi SAW : Al-Mahdi akan dibai'at di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (Sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja. (Abu Daud & Al-Hakim)

5.  Sabda Nabi SAW : Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6.  Sabda Nabi SAW : Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.

7.  Sabda Nabi SAW : Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

8.  Sabda Nabi SAW : Sebelum al-Mahdi (muncul) , As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.

9.   Sabda Nabi SAW : Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

10.Sabda Nabi SAW : Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi. (Ibnu Majah)

11.Sabda Nabi SAW : Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya. (Nuaim bin Hammad)

12.Sabda Nabi SAW : Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

13.Sabda Nabi SAW : Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaĆ¢I, al-Baihaqi & al-Husin)

14.Sabda Nabi SAW:Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.

15.Sabda Nabi SAW : Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid.(Iman Muslim)

16.Sabda Nabi SAW : Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi. (Ibnu Majah)

17.Sabda Nabi SAW : Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya. (Ibnu Majah)

18.Sabda Nabi SAW : Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya. (At-Tarmizi)