Salam Aidil Fitri,
Kepada Peminat Dinar Emas
Kami di kesempatan ini,
ingin meminta maaf kerana agak lama...
tidak menyiarkan artikel misteri di Page Dinar Emas.
Bukan kekurangan idea dari samawat (satelit di langit),
atau keputusan sumber / pemberi maklumat (panas lagi hangit),
malahan barisan artikel yang menunggu untuk muat naik 'posting',
semakin panjang dan TopSecretFiles pula bertaburan di sana-sini !!!
Kami terpaksa berehat sebentar selama ini,
untuk menghormati bulan ibadat & halaqah bersama "PENDEKAR PENYU".
Kami memahami bahawa para moderator page Dinar Emas,
adalah terdiri daripada orang-orang Melayu yang beragama Islam.
Di depan anda wataknya lain dan bersahaja semata,
di belakang tabir dia adalah PRODIGI pada hampir semua bidang.
Salah seorang dari mereka dalam keadaan tenat.
Jadi biarlah bulan Ramadhan yang lalu,
dijadikan bulan mereka untuk 'berbulan madu'.
Tidak terlambat rasanya untuk kami dari warga kerja angkatan risik,
ingin mengucapkan kepada pembaca dan para peminat,
yang beragama Islam tidak kira di mana sahaja di planet ujian ini,
dengan ucapan...
SALAM MENYAMBUT...
HARI RAYA AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Antara topik-topik "panas & hangat" selama ini:
- artikel vatican (best seller of the year)
- wawancara antara prodigi Melayu & paderi
- kelebihan silat akhir zaman
- ilmu jaringan matriks
- kitab memintas Al-Masih (hadir sebelum kami jemput Sheikh Imran lagi)
- signal malapetaka
- DNA Melayu & perkaitan ahlul bait
- kenapa Tanah Melayu dikenali Semenanjung Emas
Artikel Misteri Akan Datang (tahun 2012):
- pertabalan timur tengah yang dinanti2 kan
- signal akhir zaman dari MASJID NEGERI, NEGERI SEMBILAN (1 Syawal 1433)
- kitab memintas jaringan matriks (7 bab semuanya) ---> akan jadi best seller nanti
- tahun di mana dunia mencipta duit kertas yang paling penghabisan
- kenapa PDIM ditubuhkan
- kedatangan pemimpin ke 7 Nusantara
- the final tower akhirnya berada di Mekah (study filem the lord of the ring)
- terlepasnya syaitan pada 1 syawal (maklumat ibusawat akan dikemaskini semula)
Siri Kitab Memintas:
siri ini telah kami edarkan secara maya dengan 1 sentuhan jari,
dari rebakan pahalanya telah anda halakan lajunya sekitar tahun 2010,
dan dengan rasmi telah beransur2 dijadikan artikel best seller sepanjang abad,
selepas sirinya yang bertajuk Kitab Memintas Al-Masih Dajjal hampir sahaja...
dapat memotong rating kepopularan ARTIKEL VATICAN yang sampai hari ini,
telah menyebabkan ramai umat Islam kembali ke pangkal jalan.
(dan siri ini berakhir dengan 13 bab yang anda boleh dapatkan di bahagian NOTA)
Ya...
siri Kitab Memintas ini sebahagiannya telah menyebabkan
ramai orang tersentak dari lena yang panjang,
pekerja bank ada yang berhenti,
student2 yang elok2 boleh habis belajar pun mengadu nak benti (nasib baik tak),
dan kesan kitab memintas ini menyebabkan ia tidak mendapat bantahan langsung,
dari mana2 pejabat agama di daerah yang kamu duduki sekarang,
siri pertama yang berjumlah 13 jalur lebar itu,
hanyalah mukadimah semata2...
itu pun mengambil masa 1 tahun untuk dikhatamkan secara beransur2...
siri di atas itu hanyalah BAB PERTAMA yang telah kami permudahkan pemahamannya,
untuk tingkatan kefahaman orang2 awam seperti anda.
Dan BAB KEDUA yang ingin kami perkenalkan tahun 2012 ini ialah...
Kitab Jaringan Matriks...
ilmu ini sangat berguna bagi mereka yang ingin memintas future...
kalau anda faham kisah Nabi Musa & Nabi Khidir,
maka itu sudah memadai.
Macamana kami nak bagi kamu faham ye ?
Ok...
macamni....
kamu main badminton,
lawan kamu smash dengan kelajuan sangat tinggi,
tetapi tanpa diajar pun,
tangan kamu dengan mudah dapat memintas pukulannya...
ia ada kaitan dengan MATA HATI.
dah faham ?
itu baru sukan ya sheikh......
belum lagi bab ekonomi, bab tentera, bab kasih sayang,
atau sebagai contoh,
bab cuaca dunia....!!!
(rujuk sahaja bagaimana signal Tsunami boleh dibei amaran 3 hari sebelum kejadian)
Lagi siri2 hangat yang ditunggu2...
Sambungan Siri Alam Melayu & Kota2 Yahudi
- kenapa umat ini sangat rapat dengan Raja Yahudi di masa silam
- bangsa apakah Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman
- dari benua manakah Raja Yahudi ini import emasnya ?
- negara manakah hamba abdinya pun dapat dihiasi dengan emas ?
- bumi manakah dilabelkan sumber utama emas, sedangkan penduduknya sendiri menafikannya ?
- kenapa Melayu boleh mengamankan kaum2 lain. tetapi kaum2 lain gagal ?
- apa rahsianya ?
- kenapa tanah semenanjung masih bertahta raja2 beriman akhir zaman ?
- projek bebenang langit biru
Secubit Kitab Terahsia:
Dan sejumlah besar artikel dari TopSecretFiles,
ScrapFiles,
Fail-fail The Secret Chamber ,
dan koleksi temuramah-temuramah eksklusif yang tidak pernah disiarkan di mana-mana !!!
dan bonus untuk peminat Dinar Emas...
setiap dari artikel kami di page ini lekas2 lah buat back-up,
umum kepada anda mengetahui,
bahawa page ini sudah banyak kali diBEKU ke alam maya oleh pertubuhan biru,
atas sebab yang sangat aneh,
(dan perlu 2 minggu untuk diCAIR kembali, last haritu pun ambik masa 4 minggu...)
Jadi pastikan anda setia bersama page Dinar Emas...
Kepada bakal2 pengantin,
harap tiada lagi MASKAHWIN dengan duit kertas,
kerana ia tak pernah pun diajar oleh Nabi Muhammad...
pesan pada tok kadi dan deal dengan dia dan bapak penjaga pengantin,
yang kamu nak bayar maskahwin dengan cara SUNNAH,
bukan cara BID'AH.
(hadiahkan wang DIRHAM PERAK sebagai upah untuk Tuk Kadi)
Sebenarnya tuan-puan semua,
handal sungguh si mata 1 main wayang depan kita dengan teknologi kan ?
Yang cantik kita selalu rasa betul dan seronok,
tapi dengan ilusi inilah kita menjahanamkan agama bangsa dan negara,
kita sangka dengan memburukkan pemimpin akan selamatkan negara,
tapi kamu lupa,
itulah sebenarnya ASBAB kesengsaraan kamu di masa depan,
inilah tanah terakhir yang ingin DAJJAL tawan,
sebab itulah...
hanya di tanah berdaulat ini berbaki raja2 beriman yang terakhir di muka bumi,
kalau kamu biarkan pendatang asing menjadi pemimpin di tanah kamu sendiri,
maka AZAB akan turun....
BUKTINYA:
Dan ketika Tuhan kamu memberitahu:
"Demi sesungguhnya...
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat Ku kepada kamu !!!
Demi sesungguhnya...
jika kamu kufur ingkar sungguh azab Ku amat lah keras !!!
(Al-Quran) , ( Ibrahim ) , ( Ayat 7 )
//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Kita bukanlah manusia yang berada dalam perjalanan ruh...
Tetapi KITA ADALAH RUH,yang berada dalam perjalanan manusia...
RAHSIA ITU SUNGGUH HANYA UNTUK YANG MEMAHAMINYA
//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Sabtu
11:00 malam
01 Syawal 1433 sebelum maghrib
02 Syawal 1433 selepas maghrib
19 Ogos 2012
Waktu Semenanjung Emas, Tanah Melayu, Nusantara.
0 ulasan:
Post a Comment