Tuesday, 10 January 2012
Tegakkan Khalifah Islamiyyah
Nasi lemak buah bidara
Sayang Salmah hamba lurutkan
Hilang ulamak tiada bicara
Kehendak Khalifah hamba turutkan
#Nasihat Atuk pada cucu...
Daripada Thauban r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda:
"sekumpulan daripada umatku akan berterusan menzahirkan kebenaran. Walaupun terdapat orang yang mengecewakan, sehinggalah tiba hari kiamat, mereka tetap dalam keadaan demikian."
(Riwayat Muslim)
Nasihat atuk pada cucu yang dianggap pelik, asing, dikeji, dihina, masuk dalam team2 yang kononnya baik tapi di tengah2nya pun masih ada yang sindir2, jangan risau, tuhan telah memilih cucu sedangkan diri cucu sendiri tak dipilih dikalangan teman2 cucu, cucu dipandang serong di tengah kawan2 cucu, tapi cucu dipuji & dimohon ampun oleh ribuan malaikat kerana perubahan cucu, di saat cucu tekad keluar dari sistem hutang dan jaringan riba, cucu semakin dekat dengan rahmat tuhan yang esa.
Daripada Ubai bin Ka’ab r.a,
Nabi s.a.w. bersabda: "
Berilah khabar gembira kepada umat ini dengan keagungan, ketinggian, kemenangan, dan kekuasaan dibumi. Sesiapa yang mengamalkan amalan akhirat kerana dunia ia tidak mendapat bahagian di akhirat."
( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )
Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar, dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah, dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat, dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ‘Ruwaibidhah’. Sahabat bertanya, apakah Ruwaibidhah wahai Rasulullah? Nabi menjawab, orang bodoh yang bercakap mengenai urusan orang ramai.
( Riwayat Ahmad )
Dari Anas rodhiyallohu ‘anhu,
“Saya mendengar Rosululloh sholallohu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Allah Ta’ala berfirman,
‘…Hai anak Adam,
sungguh seandainya kamu datang menghadapKu dengan membawa dosa sepenuh bumi, dan kau datang tanpa menyekutukan-Ku dengan sesuatupun. Sungguh Aku akan mendatangimu dengan ampunan sepenuh bumi pula’.”
(Riwayat Tirmidzi, nombor 3463)
TAPI CUCU TAK SEDAR...
DOSA SYIRIK TAK TUHAN AMPUNKAN.
SEDANGKAN CUCU DALAM 1 SISTEM YANG SYIRIK.
*http://www.rahsiadunia.com/ebook.html
Dicatat oleh Misznadolaa Zue di 22:04
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment