BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 13 September 2012

Siri 1/7 = INTRO - (Kitab Jaringan Matriks)


●▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬
    Siri 1/7:
    INTRO - (Kitab Jaringan Matriks)
●▬▬▬▬▬▬۩۞۩▬▬▬▬▬▬●
Artikel ditulis dengan nafas baru oleh:
-The Last SamsiRian-

Sesungguhnya Kami...
telah jadikan apa yang ada di planet bumi sebagai perhiasan baginya,
kerana kami hendak menguji mereka,
siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Dan sesungguhnya...
Kami akan jadikan apa yang ada di planet bumi itu,
sebagai tanah yang tandus !!!
[ Al-Quran ] 
[ Al-Kahfi ]
[ Ayat 7 sampai Ayat 8 ]

سْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
Assalamualaikum Tuan-Puan semua...
Segala puji bagi tuhan alam semesta dengan segala galaksi terahsia NYA.
Akhirnya artikel yang anda nantikan menjelma kembali...
(((Kitab Jaringan Matriks))) selamat tiba pada fasa pertama hari ini,
tanggungjawap kami hanya menyampaikan,
peranan anda pula memahaminya dan amalkan,
kalau rasa sayang pada umat itu hadir dalam hati & naluri,
maka ledakkan pembacaannya ke alam maya ini sesegera mungkin,
tetapi kami sendiri sedar,
yang...
ramai lagi keluarga kita di luar sana,
sentiasa sangat susah untuk kita sendiri cerahkan bukan ?
yup...
subconscious mind atau minda bawah sedar sangat terkesan terhadap mereka,
teruskan misi dakwah anda sehalus mungkin & sekerap mungkin ok...
Siri kitab ini kami tujukan khas untuk:
- ditujukan Kepada Umat Islam Yang Fasih Berbahasa Melayu.
- pemuda-pemudi perkampungan Muslim (di utara)
- pemuda-pemudi perkampungan Islam Melayu Beradat (banjaran titiwangsa)
- kru angkatan risik akhir zaman
- pasukan silat timur yang dijanjikan
- penceramah bebas Ustaz Kazim & peminat2nya
- wakil rahsia penubuhan khalifah dalam kerajaan "1"
- pengedar2 dinar emas & dirham perak
- dan pembaca budiman sekalian
- terakhir sekali para pengkritik page Dinar Emas

PEMAHAMAN UTAMA (jaringan matriks):
Allah Maha Kuasa...
Tidak Mengira Ruang & Masa...
Makhluk Tiada Kuasa Apa-Apa...

1) Jaringan Matriks
Planet Bumi & Taburan Rezeki
Kita hidup di dunia ini sementara.
Tiada manusia yang hidup kekal abadi dalam dunia ini.
Malah dunia ini pun akan musnah.
Jika ada manusia yang hidup melebihi usia dunia ini,
maka apabila bumi ini musnah,
orang tadi akan jatuh melayang-layang di alam semesta,
kerana tiada lagi bumi,
yang dapat menampung tubuhnya dan segala nafsu serakahnya.
Setiap manusia di dunia...
telah Allah s.w.t tentukan soal rezeki, jodoh dan mautnya.
Semuanya di dalam pengetahuan Allah Yang Maha Mengetahui.
Setiap pergerakan makhluknya,
berada dalam ilmu Allah s.w.t.
Apa yang makhluknya mahu dan fikirkan,
semua itu telah diketahui dahulu oleh Allah Azza Wa Jalla.
Walaupun makhluknya tadi,
tinggal di dalam batu,
yang diselimuti rumpai tebal di dasar laut,
yang kelam di waktu malam gelap yang mendung tiada berbintang,
semua itu masih berada di dalam pengetahuan Allah s.w.t.

2) Jaringan Matriks
Begitu juga soal rezeki:
Allah telah tetapkan seluruh urusan rezeki,
kepada semua makhluk-makhluknya.
Tiada berlebih atau berkurang sedikit pun,
semuanya telah tertulis di Lauh Mahfuz (suatu lokasi galaksi terahsia.)
Kita masih bernafas dan bernyawa,
kerana masih ada lagi rezeki Allah yang kita tidak makan,
jika sudah habis rezeki Allah telah diedarkan kepada kita,
maka ketika itulah sampainya ajal kita.
Walaupun seseorang itu sudah jatuh dari bangunan tinggi,
ditembak berulang kali,
ditetak dan terbakar,
jika masih ada nasi atau gandum,
yang menjadi rezekinya masih belum dinikmatinya lagi,
maka belumlah lagi saat kematian baginya,
dan tidak layak dia mati,
sebelum habis rezeki Allah,
yang ditentukan kepadanya dimakan olehnya.
Setiap hari Allah telah tentukan rezeki manusia,
tidak kira yang Islam atau yang kafir.
Jika hari ini seseorang itu rezekinya nasi dagang,
mungkin besok rezekinya nasi minyak kenduri kahwin.
Jika seseorang itu selalu diberi makan makanan yang mewah-mewah,
di dalam hotel mewah dan ditemani rakan-rakan,
mungkin besok dia hanya makan nasi,
dengan sedikit kuah,
dan 2 biji telur rebus di dalam penjara yang sunyi sepi.
Walaupun orang tadi mengomel-ngomel,
mengutuk dan mencerca makanan tadi,
sebagai makanan anjing sebagai contoh,
itulah rezekinya yang ditentukan padanya pada saat itu,
dan tidak boleh manusia selemah dia untuk menukarnya.
Semuanya adalah ketentuan Allah,
tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Bijaksana.
Jika orang tadi tahu betapa bernilainya rezeki Allah itu,
maka sudah tentu,
dia akan memakan makanan itu dengan lahap dan berselera.
Bayangkan,
jika Allah menetapkan dia,
tidak layak diberi sebarang makanan pun pada saat itu,
sudah tentu perutnya akan berkeroncong kelaparan.
Kemungkinan,
dia akan menyumpah-nyumpah makhluk lain,
yang membiarkan dirinya kelaparan.
Kemudian setelah tiada daya dan kekuatan lagi,
mungkin hatinya merintih kepada Tuhan.

==========================================
"Tuhan,berikan aku sedikit makanan,aku lapar..."
Di kepalanya,
mungkin tiada lagi berfikir tentang makanan yang mewah-mewah,
seperti lamb chop,
Italian Cuisine dan sebagainya tetapi sedikit makanan...
ya...
sedikit makanan,
untuk menghapuskan penderitaan kelaparan,
yang mencucuk-cucuk perutnya saat itu.
Ketika itu jika disuapkan nasi tanpa kuah,
dan sebiji sahaja telur rebus...
sudah pasti dia akan memilih untuk memakannya,
tanpa segan silu lagi,
kerana kepedihan yang dasyat melanda dirinya akibat kebuluran.
==========================================

3) Jaringan Matriks
Begitu lemahnya manusia ini.
Manusia yang tiada berkuasa sedikit pun.
Rezeki yang Allah tetapkan,
tiada kaitan dengan status pekerjaan manusia itu.
Pekerjaan manusia hanya asbab untuk rezekinya.
Adakah seorang peguam hanya layak makan daging,
seorang pencuci lantai hospital hanya layak makan ikan masin?
Fikirkan seorang ahli politik yang mewah,
pada suatu hari,
hanya layak makan sepinggan nasi berkuah berlaukkan 2 biji telur rebus,
namun pada masa yang sama seorang pemungut sampah,
layak makan ayam goreng berempah masala,
kentang putar Deluxe,
burger Double XL dan nugget ikan.
Begitu berkuasa dan agungnya Allah,
menetapkan rezeki kepada semua makhluknya,
hatta ulat dalam batu pun masih mempunyai rezekinya sendiri.

Pekerjaan tidak boleh memberi rezeki kepada manusia.
Kilang tidak boleh beri rezeki kepada manusia.
Pejabat bukan punca rezeki kepada manusia.
Tetapi Allah s.w.t lah yang memberi rezeki kepada manusia.
Allah s.w.t lah punca rezeki manusia.
Ada orang bekerja di kilang,
tetapi 3 bulan tidak dapat gaji kerana kemelesatan ekonomi.
Ada orang bekerja di pejabat,
berpendapatan besar,
tetapi yang sempat singgah ditekaknya tiap-tiap bulan,
hanyalah tidak sampai suku pun dari gajinya,
kerana hutang keliling pinggang.
Ada orang yang kerjanya tukang kebun sahaja,
tetapi hari-hari makan mewah kerana bekerja di kawasan istana Sultan.
Ada rahsia di sini...

4) Jaringan Matriks
((( Pekerjaan bukanlah tujuan kita untuk hidup. )))
Begitu juga rezeki.
Kita bukan diciptakan untuk 24 jam siang dan malam untuk mencari rezeki.
Hari ini orang sudah salah sangka,
bahawa pekerjaanlah yang memberi dia rezeki.
Hari ini orang sudah silap menyangka bahawa tanpa bekerja,
maka tiada rezeki baginya.
Pekerjaan bukan pemberi rezeki kepada manusia.
Tetapi Allah lah yang memberi rezeki kepada manusia.
Jika Allah,
tidak benarkan Obama, Presiden Amerika minum setitis air pun pada hari ini,
maka tiadalah daya dan kekuatan pun,
dapat mendatangkan walau setitis air pun walaupun air longkang,
air parit mahupun air kumbahan untuk diberi kepada ketua negara Amerika itu.
Walaupun dikumpulkan seluruh tentera Marin,
Komando,
intelligen,
seluruh balatentera Amerika di seluruh pengkalannya di serata dunia,
ditambah pula tentera-tentera sekutunya seperti NATO,
Israel,
Britain,
malah dipanggil pula tentera-tentera pencacainya seperti Turki,
dan negara-negara Arab yang bersekutu dengannya,
akhirnya ditolong pula dengan Zionis Timur Singapura...
semua itu masih belum mampu,
untuk mencarikan setitis air pun untuk Barrack 'Hussein' Obama,
malah jika dikumpulkan seluruh jin dan manusia,
serta alien-alien yang ada (jika ada) untuk membantu Obama yang kehausan tadi,
itupun sangat jauh untuk layak menggerakkan kekuatan,
apakanlagi memasukkan setitis air untuk diteguk oleh Obama,
jika Allah tidak mengizinkannya berbuat demikian.
Takbirrr...
"...Allahuakbar...."
(paham ke tak ni ?)

5) Jaringan Matriks
Manusia tidak akan mati jika tidak bekerja.
Allah lah yang mematikan dan menghidupkan manusia.
Nasi yang dimakan tiap-tiap hari,
dan air minum yang diteguk tiap-tiap hari,
bukanlah datang dari pekerjaan.
Semua itu datang dari Allah.
Hari ini manusia sudah sombong dengan pekerjaan masing-masing.
Seorang ahli perniagaan,
bila melihat seorang buruh kasar,
sedang meratakan tar di jalan sudah mula mencebik dan sombong.
Seorang jurutera bila melihat seorang pencuci tandas pasaraya,
mula bangga dengan nasib dirinya yang lebih baik dari si pencuci tandas tadi.
Seorang wakil rakyat melihat rakyat marhaen yang miskin,
mula menuduh rakyat hanya mahu subsidi kerajaan,
pemalas,
dasar meminta-minta,
dan suka yang percuma sahaja.
Dalam hatinya bangga dengan pencapaian dia hari ini,
yang menjadi seorang yang berkedudukan.
hasil usaha gigihnya belajar atas usaha sendiri,
tidak seperti orang kampung miskin yang suka meminta-minta.
Padahal apa yang didapatinya.
berpunca dari belas ihsan Allah Yang Maha Pemurah,
bukan dari pelajarannya dan pekerjaannya.
Sampai masa,
apabila Allah s.w.t turunkan kepadanya pelbagai jenis penyakit.
seperti kencing manis,
darah tinggi dan sebagainya,
sehinggakan hanya bubur sahaja yang mampu ditelannya.
maka hanya itulah rezeki baginya.
walaupun pendapatannya boleh membeli makanan yang mahal-mahal.

6) Jaringan Matriks
Apa jenis pekerjaan yang kita buat:
sebagai pensyarah,
guru,
kakitangan kerajaan,
jurutera,
juruteknik,
wireman,
menteri,
raja,
tukang gunting rambut,
pekerja majlis bandaran,
profesor.
dan sebagainya bukanlah kerja yang sepatutnya dibuat.
Itu hanya KEPERLUAN kita sahaja.
Kerja yang SEBENARNYA,
sepatut kita buat di dunia ini adalah BERIMAN,
dan mentaati Allah s.w.t ,
serta nasihat-menasihati dengan kebenaran,
dan kesabaran (dakwah atau menyampaikan kebenaran).

///////////////////////////////////////////////////
Firman Allah Tuhan Alam Semesta:
"Demi masa...
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian...
kecuali orang-orang yang beriman,
dan mengerjakan amal saleh,
dan nasihat menasihati dengan kebenaran,
dan nasihat menasihati dengan kesabaran."
(Surah Al-'Ashr, Ayat 1-3)
///////////////////////////////////////////////////

7) Jaringan Matriks
 Itulah kerja sebenar kita di dunia:
Hari ini orang sudah menjadikan keperluan hidupnya,
sebagai kerja sepanjang hayat.
Hidupnya 24jam berpenat-lelah,
untuk memastikan perutnya sentiasa kenyang.
Hidupnya semata-mata,
menjadi hamba perut,
hamba nafsu,
dan hamba orang lain.
Sibuk menjadi hamba dan kuli,
sampai tanggungjawab dia kepada Tuhan pun diabaikan.
Manusia yakin bahawa jika tidak bekerja,
maka dia tidak dapat makan.
Makanan datang dari pendapatan,
atau gaji yang didapatinya.
Ini adalah YAKIN yang salah.
Bahkan Allah lah yang mendatangkan rezeki baginya.
Bukan pekerjaan,
bukan gaji,
dan bukan pendapatan.
Hari ini manusia yakin,
jika aku tidak dapat belajar di universiti,
maka hidup aku tidak terjamin,
dan aku tidak dapat pekerjaan yang bagus.
Ini juga YAKIN yang salah.
Siti Nurhaliza misalnya,
dengan keputusan SPM yang tidak berapa cemerlang,
kemahiran bahasa Inggerisnya yang sederhana,
tidak pernah belajar di universiti,
namun masih mampu hidup mewah,
dan bersuamikan orang kenamaan.
Hari ini berapa ribu siswazah,
yang terpaksa "menanam anggur" di rumah?

8) Jaringan Matriks
Tujuan Hidup:
Jadi apa perlunya aku bekerja?
Baik aku duduk goyang kaki aje,
menunggu rezeki datang dari Allah.
Rezeki aku sudah ditetapkan oleh Allah.
Jadi apa perlu aku risau?
Baik aku duduk di masjid,
atau pergi berdakwah sahaja tanpa bekerja.
Rezeki aku sudah tertulis di Lauh Mahfuz.
Jadi kerja atau tidak,
tak penting.
Lebih baik aku tidak payah belajar di sekolah,
dan hanya tanam anggur sahaja di rumah.
Nanti rezeki datang dari langit,
atau datang ke riba aku.
INI JUGA ADALAH YAKIN YANG SALAH.
Sebenarnya kita bekerja,
kerana ia adalah PERINTAH DARI ALLAH S.W.T.
Kita bekerja,
bukan kerana ia adalah sumber rezeki,
atau ia adalah tujuan hidup kita,
tetapi ia adalah PERINTAH Allah Azza Wa Jalla.

///////////////////////////////////////////////////
Firman Allah s.w.t:
” …bertebaranlah kamu di planet bumi,
dan carilah kurnia (rezeki) Allah,
dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya,
mudah-mudahan kamu menang.”
(Surah Al-Jumu’ah: Ayat 10)
///////////////////////////////////////////////////

Ini adalah ayat perintah dari Allah s.w.t,
supaya kita tidak duduk diam mengharapkan rezeki semata,
tetapi bertebaran mencari rezeki Allah,
yang Allah telah letakkan di segenap penjuru dunia.
Allah PERINTAH KITA BEKERJA,
TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN...
YANG PEKERJAAN ITU BAGI REZEKI PADA KITA.

9) Jaringan Matriks
 Rezeki datang dari Allah s.w.t.
Rezeki bukan datang dari pekerjaan kita.
Begitu juga makan.
Kekenyangan datang dari Allah,
dan bukan datang dari apa yang kita makan.
Ada orang yang makan 2-3 pinggan nasi,
tapi masih tidak kenyang-kenyang.
Ada yang hanya makan 3 biji kurma,
dan seteguk air,
tetapi Allah beri dia kenyang.
Jadi kenapa aku makan?
Baik aku duduk diam sahaja,
dan harap Allah bagi aku kenyang.
Tidaklah perlu aku bersusah-payah memasak,
atau pergi ke kedai mamak untuk membeli makanan.
Tidak payahlah aku bersusah-payah mengunyah,
dan menelan untuk makan,
kerana Allah lah yang bagi aku kenyang,
bukan makan atau makanan.
INI JUGA MASIH YAKIN YANG SALAH.
Sebenarnya kita makan kerana Allah PERINTAH kita untuk makan.
Kita makan,
bukan kerana dengan makan kita boleh kenyang,
tetapi kerana ia adalah PERINTAH dari Allah.

///////////////////////////////////////////////////
Firman Allah s.w.t:
 "Hai sekalian manusia,
makanlah yang halal lagi baik,
dari apa yang terdapat di planet bumi,
dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan;
karena sesungguhnya syaitan itu,
adalah musuh yang nyata bagimu"
(Al-Quran, Surat Ke-2,  Ayat 168)
///////////////////////////////////////////////////

///////////////////////////////////////////////////
Firman Allah s.w.t:
"Hai orang-orang yang beriman,
makanlah di antara rezeki yang baik-baik,
yang Kami berikan kepadamu,
dan bersyukurlah kepada Allah,
jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah"
(Al-Quran, Surat Ke-2,  Ayat 172)
///////////////////////////////////////////////////

10) Jaringan Matriks
 Kekenyangan datang dari Allah.
Kekenyangan bukan datang dari apa yang kita makan.
ALLAH PERINTAH KITA MAKAN,
TAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN BAHAWA DENGAN MAKAN KITA BOLEH KENYANG.
Begitu juga yang lain-lain.
Allah perintahkan kita berusaha,
dan bertawakkal kepada Allah.
Bila kita sakit,
kita akan makan ubat.
Eh,
Allah yang kasi aku sembuh,
bukan ubat.
Ya,
Allah yang kasi sembuh,
tapi Allah perintah kita makan ubat,
TAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN...
YANG UBAT BOLEH KASI KITA SIHAT.

///////////////////////////////////////////////////
Firman Allah s.w.t:
"dan bertawakkallah kepada Allah.
Dan cukuplah Allah sebagai Pemelihara"
(AL-Quran, AlAhzab, Ayat 33)
///////////////////////////////////////////////////

Jika kita memahami maksud Al-Quran,
kita akan dapati perintah Allah itu,
memang sesuai dengan fitrah manusia.
Hari ini ada orang memandang AlQuran,
hanya sinonim dengan perintah HUDUD potong tangan.
Perintah jihad pergi berperang bunuh orang.
Ini bukan sahaja yakin yang salah,
tetapi bodoh dan tidak berpelajaran sama sekali.
Padahal Al-Quran,
bukan sahaja perintah kita menjalankan undang-undang-Nya,
tetapi Allah perintah kita untuk makan,
minum,
bekerja malah tidur juga.
Tetapi siapa yang bagi kita ngantuk?
Allah...

11) Jaringan Matriks
 ALLAH PERINTAH KITA TIDUR:
TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN,
BAHAWA TIDUR ITU BAGI KITA MENGANTUK.
Setiap perintah Allah s.w.t di dalam AlQuran,
mengandungi erti yang mendalam sekali.
Allah perintah semua ini,
kerana ia adalah fitrah manusia.
Sepertimana seseorang yang membeli satu mesin atau kenderaan,
sudah pasti mesin atau kenderaan tadi,
dilengkapi manual cara menggunakan,
atau penjagaannya dari si pembuat mesin atau kenderaan tadi.
Begitu juga manusia.
Allah Azza Wa Jalla yang menciptakan manusia,
dan hanya Allah lah yang faham fitrah manusia.
Jadi apakah dia manual bagi manusia tadi ?
Jawapannya = AL-QURAN.
Al-Quran adalah panduan bagi manusia.
Sebagaimana mesin yang mempunyai panduan menggunakannya,
maka Al-Quran menjadi panduan atau petunjuk (guide book),
bagi manusia 'menggunakan' dirinya sendiri dengan betul.

///////////////////////////////////////////////////
Firman Allah s.w.t:
"Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya;
petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"
(AlQuran, Surat Ke-2, Ayat 2)
///////////////////////////////////////////////////

12) Jaringan Matriks
Perihal Wahyu Terakhir Al-Quran
Tetapi hari ini orang menyalahgunakan dirinya,
atau tidak 'menggunakan' dirinya dengan betul.
Manusia yang benar-benar faham,
akan menggunakan AlQuran untuk menyelesaikan masalah kehidupannya.
Hari ini segala jenis kaedah ciptaan manusia,
tidak berjaya dan gagal.
Segala fahaman ciptaan manusia tidak sempurna.
Komunisme tidak dapat menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial.
Kapitalisme juga tidak seluruhnya berjaya.
Hari ini kita lihat China dan Jepun,
umumnya sebagai gergasi ekonomi sebelah Timur,
tetapi kita tidak tahu,
berapa ramai rakyat China yang terpaksa makan bayi sendiri kerana kelaparan.
Kekayaan hanya bertumpu di zon-zon ekonomi utama sahaja,
daripada seluruh China yang besar itu.
Di Jepun berapa ramai yang gila dan bunuh diri,
kerana tekanan kerja yang tinggi.
Inilah akibat,
kerana tidak menggunakan manual yang diberi oleh pencipta manusia itu sendiri.
Kita yakin Allah perintah kita makan,
minum,
tidur dan bekerja,
tetapi kita tidak yakin dengan sistem ekonomi dan undang-undang dari-Nya?
Betapa pelik sikap manusia hari ini.
Kita juga makan,
minum,
tidur dan bekerja,
tetapi kita tidak melakukan dengan cara yang betul.
Apakah cara yang betul itu?

13) Jaringan Matriks
IAITU DENGAN CARA NABI MUHAMMAD.
Ada orang pada hari ini tidak sukakan Nabi Muhammad.
Mereka tolak hadis-hadisnya.
Ada orang mempertikaikan kalimah syahadah,
dengan menolak lafaz 'Muhammadur RasullUllah',
kerana bagi mereka kita bersyahadah dengan Allah sahaja,
berguru dengan Allah sahaja.
Hanya Al-Quran yang patut diikuti bukan hadis-hadis.
Padahal kalau mereka ikut Al-Quran,
mereka juga kena ikut cara Nabi Muhammad s.a.w.

///////////////////////////////////////////////////
Firman Allah s.w.t:
"Katakanlah:
"Taati lah Allah dan Rasul-Nya;
 jika kamu berpaling,
maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir."
(Al-Quran, Surat Ke3, Ayat 32.)
///////////////////////////////////////////////////

Lihat,
di dalam Al-Quran sendiri,
Allah PERINTAH supaya kita taat pada-Nya,
dan juga kepada Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
LAILAHAILLALLAH,
MUHAMMADUR RASULULLAH.
Kita taat PERINTAH Allah,
tetapi taat dengan cara bagaimana?
DENGAN CARA YANG DITUNJUKKAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
Bukan cara syariat Nabi Ibrahim,
Nabi Isa atau Nabi Musa.
Apatah lagi syariat Komunis,
Kapitalis,
Zionis dan Iblis.
Tetapi dengan syariat Nabi Muhammad s.a.w.

Jika kita faham rahsia jaringan matriks di sebalik semua ini,
kita akan faham,
bahawa semua perintah Allah,
jika dilakukan dengan cara Nabi Muhammad,
maka inilah KERJA kita yang sebenar hidup di dunia ini.
Makan cara nabi,
minum cara nabi,
tidur cara nabi,
bekerja cara nabi...
Inilah yang dinamakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Seterusnya jika kita lakukan apa saja dalam dunia,
mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w,
maka apa yang kita buat,
adalah dikira sebagai ibadah;
membuahkan pahala ganjaran di sisi Allah...

Ibadah bukan sahaja solat,
puasa,
zikir dan sebagainya.
Hidup berpandukan sunnah Rasulullah s.a.w juga dikira ibadah.
Tidur berdengkur melepek pun dikira ibadah!
Bagaimana?
Tidur dengan niat i'tikaf di dalam masjid.
Tambah-tambah jika adab tidur dijaga,
dimulakan dengan doa dan diakhiri dengan syukur,
sepertimana yang nabi buat.Bukan itu saja,
berak bersembur najis busuk,
dan duduk termenung dalam tandas juga dikira ibadah...!!!
Eh,
pulak...
bagaimana?
Membuang air besar cara Nabi Muhammad s.a.w. ,
yang disertai dengan adab-adab masuk tandas,
sebagaimana yang Nabi Muhammad ajarkan.
Lihat,
betapa indahnya Islam.
Betapa lengkapnya Islam.
Islam adalah manual kehidupan lengkap seorang manusia.
Dari manual cara-cara membuang najis,
sehinggalah manual cara menguruskan ekonomi dan negara,
semuanya termaktub dalam Islam.

Solat dan puasa adalah PERINTAH Allah,
sebagaimana makan,
minum dan tidur.
Bezanya solat,
puasa dan undang-undang Islam,
bertentangan dengan nafsu kita,
tetapi makan,
minum dan tidur,
sesuai dengan nafsu serakah kita.
Jika solat,
puasa serta hukum Allah akan mendatangkan dosa,
dan hukuman Allah dilakukan jika tidak melaksanakannya,
bagaimana pula dengan perintah makan,
minum dan tidur jika kita tidak melaksanakannya?
Ah,
setahun ni aku tak nak makan dan minum.
Ah,
3 bulan aku tak nak tidur,
aku nak bertapa,
aku nak zuhud kononnya.
Juga berdosa,
kerana Allah s.w.t melarang kita sengaja mencampakkan diri,
ke dalam kebinasaan.

///////////////////////////////////////////////////
Firman Allah s.w.t:
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah,
dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan,
dan berbuat baiklah,
karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik"
(Al-Quran, Surat Ke-2, Ayat 195.)
///////////////////////////////////////////////////

Solat dan puasa misalnya,
sudahlah memang ibadah,
tetapi jika hidup kita seluruhnya,
berpandukan Allah dan Rasul-Nya,
maka...
Makan jadi ibadah,
minum jadi ibadah,
tidur jadi ibadah,
bekerja jadi ibadah...
semuanya dalam rangka mengabdikan diri pada Allah s.w.t.
Maka inilah yang menjadi sebab musababnya,
mengapa Allah Azza Wa Jalla menciptakan manusia malah jin juga,

///////////////////////////////////////////////////
Firman Allah s.w.t:
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia,
melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku."
(Al-Quran, Az-Zariyat, Ayat 56)
///////////////////////////////////////////////////

INILAH TUJUAN KITA DICIPTAKAN ALLAH,
IAITU MENGABDIKAN DIRI KEPADA-NYA...
INILAH TUJUAN HIDUP KITA,
INILAH KERJA SEBENAR KITA DI DUNIA.
SUBHANALLAH.

Semua Artikel Kami,
Kami Lepaskan Dengan Kalimah Wallahualam.
(Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui)
=========================================
BUT YET MANY OF YOU ALWAYS DENY !!!
=========================================

Takkan Islam Hilang Di Dunia
Takkan Ahlul Bait Hilang Di Dunia
Takkan Raja2 Beriman Hilang Di Dunia
Takkan Dinar Hilang Di Dunia
Takkan Khalifah Hilang Di Dunia
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

ONE FLAG TO RULE US ALL

Di Saat Israel Menunggu Perlantikan Al-Masih Dajjal Raja Yahudi
Umat TIMUR Menunggu Pertabalan Khilafah Al-Masih Mahdi

Wassalam.
12:00 malam
Jumaat
27 Syawal 1433
14 September 2012
(Kampung Batu Hampar, Bedong, Sungai Petani, Kedah, Tanah Melayu, Nusantara.)

Monday, 30 July 2012

Siri 13/13 = OUTRO - (Kitab Memintas Al-Masih Dajjal)

●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●
Siri 13/13 = OUTRO Kitab Memintas Al-Masih Dajjal
●▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬●



Gambar = Pertabalan Di "Middle Earth"
Artikel ditulis oleh:
Penjaga KUTUB Angkatan Risik Akhir Zaman

Dan orang-orang yang kafir lalu berkata:
“Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad dengan sekaligus ha ? ”
Al-Quran diturunkan dengan cara beransur-ansur itu,
kerana Kami hendak menetapkan hatimu dengannya,
dan Kami nyatakan bacaannya kepada mu dengan teratur 1 per 1.
[Al-Quran]
[Surat Ke 25]
[Ayat 32]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Kepada Semua Hadirin Pembaca.
Segala Puji Kepada Allah Tuhan Kepada Isi Alam Galaksi Tanpa Sempadan Ini..
Selawat & Salam Kepada Pemimpin Besar Baginda Rasul Nabi Muhammad Bin Abdullah.
Allah Maha Kuasa...
Makhluk Tiada Kuasa...
Nampaknya...
Kita berjumpa lagi,
selepas siri kitab ini memakan masa 1 tahun untuk dikhatamkan.
Mengambil contoh wahyu yang telah diturunkan secara sistematik & teratur kepada nabi2,
begitulah juga wahyu Arab dikitabkan menjadi nama Al-Quran juga secara beransur2,
sebagai salur pintu kepada isi penyuluh JALAN YANG LURUS,
dengan pendekatan yang sama ini,
kami mencontohi jaringan matriks ini dengan sempurnanya kitab memintas,
yakni pada hari ini dengan siri yang penghabisan iaitu yang ke-13.
Dan tarikh perasmian penutup kitab ini adalah pada 13 July 2012.
Hari ke-13 yang jatuh pada JUMAAT.
orang putih kata -----> Friday The 13th ?
TIADA YANG KEBETULAN, IANYA BERASBAB.



Tanpa disangka,
siri ini benar2 telah membuahkan 1 fenomena yang telah mendedahkan 1 plan,
yang sungguh ianya diwujudkan sebagai alat untuk anda memintas fenomena,
telah lama kami sebutkan sebagai 1 istilah = percaturan akhir zaman.
Perjuangan yang asalnya nampak Fantasi, kini hampir semua menjadi Realiti.
Di dalam usaha kami menjaringkan rahsia matriks ini,
1 per 1 nasihat kami dalam 13 siri ini,
benar2 telah menjadi kenyataan di hadapan mata kamu setiap bulan.
Di saat ada manusia yang menjelirkan lidah menafikan salam peringatan ini,
perjalanan masa menyebabkan GOYYIM ini tersentap,
asbab dari benarnya hasil kajian angkatan risik yang pelik & asing ini.
kalau hendak kenal kami,
belajarlah silat & rapat2kan dirimu dengan orang pelik lagi asing,
1 golongan yang paling kamu benci iaitu orang2 TABLIGH...
nak kenal kami mudah sahaja,
kami adalah 1 pertubuhan yang mendidik umat manusia untuk tidak mendedahkan diri,
mencontohi watak khidir dan menjauhi watak musa,
penjaga kepada 1 jenis kutub,
penyelamat yang datang dan pergi tanpa dikenangi.
SANG PENYELAMAT benar2 telah hadir di tengah2 kamu,
BUT YET MANY OF YOU DENY.



Di kesempatan yang ada ini,
warga kerja dari Angkatan Risik Dinar Emas Sedunia ((( www.Dinar-Emas.com )))...
ingin mengucapkan...
SELAMATKANLAH KELUARGA MU SELAGI SEMPAT,
jauhilah suntikan vaksin dan ubatan2 BIOTEK,
keluarkan dirimu dari percaturan ini,
elakkan diri dari kerajaan digital & matawang digital (rujuk siri2 yang lepas),
langsaikan hutang & bebaskan ruh mu dari jasad yang penjara ini,
pilihlah NERAKAnya,
kerana di dalamnya ada kenyamanan (rujuk maksud hadis yang Nabi siratkan)
kepada seluruh penduduk dunia yang memahami Bahasa Melayu.
Salam sejahtera lagi penghormatan tinggi kami sampaikan kepada:
- Nabi Muhammad (sallalahualaihiwassalam)
- dan semua sahabat-sahabat Nabi Muhammad (sallallahualaihiwassalam)
- kepada penjaga2 KUTUB
- kepada Ibu Bapa Kami yang sangat mulia
- kepada Sultan & Raja bagi semua negeri di bawah negara-negara Melayu Islam
- kepada Yang Mulia Ahlul Bait & keturunan Bani Tamim
- kepada pertubuhan terahsia Melayu
- kepada angkatan Silat Terahsia Akhir Zaman
- kepada pemuda-pemudi Perkampungan Muslim Melayu Beradat
- kepada Yang Berbahagia Maulana Sheikh Imran Nazar Hosein
- kepada Dr. Mahathir
- kepada Datok Nik Aziz
- kepada Yang Dihormati Dr. Umar Vadillo
- kepada anggota terahsia Mistis Organisation
- kepada Cik Seri (Srikandi)
- kepada Atuk (Megat Panji Alam)
- kepada Haji Awaludin
- kepada penganjur2 (Ceramah Akhir Zaman PENDEKAR PENYU)
- kepada pejuang2 muda & pengedar2 muda (syiling Dinar & syiling Dirham)
- kepada pengantin & mempelai yang sama2 mendaulatkan Dinar Emas & Dirham Perak
- kepada usahawan muda yang mendaulatkan edaran Dinar Emas & Dirham Perak
- kepada warga kerja Wakala Induk Nusantara
- kepada warga kerja Islamic Mint Nusantara
- kepada warga kerja Kelantan Golden Trade
- kepada yang PALING TERISTIMEWA ---> warga kerja ((( Nusantara Bullion Exchange )))
- dan kepada anda YANG PERNAH DILIBAS KERANA KURANGNYA BUDI BAHASA.

ARTIKEL INI DIIZINKAN UNTUK DIMUAT NAIK
KE WEBSITE PILIHAN ANDA
( riwayat page ini akan ditamatkan oleh mereka bila2 masa sahaja )
Artikel ini kami hadiahkan kepada mereka yang membenarkan ayat-ayat Allah,
baik bagi mereka yang sudah sedia dalam Islam,
atau anda yang sedang memahami ajaran suci Islam.
Siri artikel ini kami tujukan juga kepada mereka yang masih terawang-awang dalam memikirkan,
mengapakah dunia hari ini semakin "carca-merba" & serba rumit,
dengan semua signal2 yang Allah hadirkan,
sebagai asbab dari beribu2 cabang ujian untuk umat Muhammad,
yang hari ini bolehlah kami labelkan sebagai pecahan molekul < FITNAH AKHIR ZAMAN>.
Ianya akan hadir pelan2 dalam hidup anda,
menjalar perlahan2 meMIND-CONTROLkan minda anak-anak anda,
cukup meresap dalam rutin harian keluarga tersayang kita,
sehinggakan isteri anda atau suami anda dan saudara tersayang anda,
akan pelan2 terperangkap dengan siri ujian ini,
samada dalam bentuk tanda2 cuaca dunia,
politik dunia,
ekonomi dunia,
dan seangkatan dengannya,
dan asbab dari siri Artikel ini yang berjumlah 13 jalur,
dapatlah anda membuat 1 persediaan besar terhadap kedatangan 3 Al-Masih.
Menjadi tanggungjawap andalah,
untuk menyebarkan Artikel ini kepada bacaan umat manusia yang memahami Bahasa Melayu,
supaya dengan kesedaran akal yang telah Allah ciptakan untuk anda ini,
dapatlah anda niatkan untuk menyelamatkan seramai mungkin
sanak saudara anda dari pemahaman yang SALAH,
tentang salah faham jaringan matriks terhadap tanda2 besar Akhir Zaman,
yang telah pun kami pecahkan KOD-KODnya dengan jalur-lebar situasi dunia hari ini,
dengan siri rantaian yang amat rapat...
dengan 2 kitab yang kalau anda ikut secara PATUTNYA & PENCERAHAN yang "TEPAT",
maka tiadalah anda sesat buat selama-lamanya,
inilah yang ingin apa kami namakan...
atau apa yang ingin kami sebut iaitu ayat2 "FUTURE"
melalui catatan agung Al-Quran & Al-Hadis,
yang telah pun sudah kami lempiaskan dalam Siri Artikel ini...
dengan bagaimana ingin mengaitkannya dengan jaringan matriks,
sehinggalah kitab ini mengambil masa lebih 12 bulan untuk menyiapkannya.



--------------------MUKADIMAH PUN BERMULA--------------------------
Tahukah anda siapakah gerangan 2 orang di atas ?
untuk mengetahuinya,
kami bawa anda ke ARTIKEL VATICAN,
sejenis temubual yang telah diabadikan di www.dinar-emas.com/vatican.html
Dialog ini berlaku dengan salah seorang anak Melayu,
dengan seorang PADERI yang mempunyai kerabat tertinggi dalam vatican.
Mari kami tunjukkan sedikit dari salah 1 dialognya YANG MAHA PANJANG.
Dialog di bawah adalah salah 1 jaringan matriks,
yang sangat BESAR KEMUNGKINAN akan di-trigger-kan
pada upacara OLIMPIK 2012 nanti,
kalaupun ia tak berlaku,
simulasinya akan berlaku pada RATU ELIZABERTH,
dan rakaman livenya akan terpampang serentak seluruh dunia,
dengan tajuknya = SKYFALL
fenomena ini akan diberi nama pada upacara itu dengan nama - THE ARRIVAL
(IQ yang laju akan terus faham apa yang kami kupaskan ini)

Baiklah...
Mari kita baca selingan dialog ARTICAL VATICAN di bawah:



Isi artikel ini adalah bab PENUTP dari siri rantaian 13 Skrol di Dalam Kitab Memintas ini.
Skrol 1 kami menerangkan bagaimana ingin mengenal percaturan beliau.
Skrol 2 kami memecahkan tembelang misi si Mata 1 (bersifat ghaib & bersifat fizikal)
Skrol 3~5 kami matrikskan apa itu Duit Kertas VS Duit Digital, dan kekuasaan Kerajaan Digital
Skrol 6 Pemberi Peringatan di akhir zaman yang hadir di tengah2 umat Melayu
Skrol 7 mengajar anda tentang perkara pelik yang Nabi suruh, tapi takkan diikuti oleh umatnya.
Skrol 8 mendedahkan salah 1 signal tentang persediaan 1 kedatangan
Skrol 9 mendidik anda membezakan ilusi, fantasi, realiti, dan hakikat sihir moden melalui elektrik.
Skrol 10 = menghubungkan masa silam & perlaksanaan yang MUKTABAR
Skrol 11 = sentuhan dari seorang kerabat diraja
Skrol 12 = sudah mendedahkan siapakah yang terlepas dari gari & bakal ditabalkan
Artikel ke-13: tanda-tanda yang pasti terjadi & PENTUP KITAB MEMINTAS

Penerangan:
Merujuk kepada dialog di atas,
mengikut keimanan orang kristian,
Nabi Isa akan turun kembali ke muka bumi dan membawa keamanan,
keamanan ini lebih bermakna
apabila ia hadir apabila negara ISRAEL ditubuhkan di kota kelahiran Nabi Isa,
keadilan ekonomi juga akan dibawa bersama dan diberkati !!!
Amaran:
Nabi Isa hanya akan turun bila Tasik Galilee kering...
Dan baginda turun antara tugas lainnya ialah membunuh Dajjal.
Sheikh Imran Hosein mentor kami pernah berpesan,
untuk menyebabkan seluruh umat Christian terpedaya dan percaya kepada dia,
dia mestilah bertindak seperti apa yang bakal Nabi Isa bakal bertindak kepada dunia,
antaranya ialah:
1- kembalinya semula tanah yang diberi nama negara Israel Raya
2- pulangnya semula orang2 Yahudi & Christian di bumi Israel
3- Israel akan menjadi ---> THE RULLING STATE OF THE WORLD
4- penggunaan semula matawang EMAS
(Al-Masih Dajjal akan mengakui dirinya sebagai Nabi Isa,
sebelum mengaku dirinya sebagai tuhan)
(ini juga sangat bertepatan dengan kepercayaan umat Christian
yang Nabi Isa juga Tuhan)
(bila ini berlaku, orang Christian yang sedia SESAT, akan bertambah-tambahlah sesat)



♥ HIDAYAH & PEMAHAMAN ISLAM DATANG DARI ALLAH ♥
Manusia yang paling sedar kebenaran Islam...
ialah orang yang telah nampak perancangan musuh-musuh Islam.
Manusia yang belajar tentang Islam...
belum tentu tahu kebenaran agama yang dipelajarinya.
Tuan-puan semua...
kami ini mengetahui sesetengah "kejadian",
dari apa yang tak patut pun anda semua ketahui,
kami sangat suka jadi manusia biasa,
tapi sayang,
kami diberi tanggungjawap menyampaikan,
semoga Allah menguatkan perjuangan kami untuk itu.
kalaulah anda menonton filem THE LORD OF THE RING,
Frodo pernah berkata:
"...i wish the ring never come to me..."
Dan orang bunian (Elf) pun menjawap:
"...if you do not find the way, no one will..."
kalaulah anda tahu apa yang kami tahu,
sudah pasti anda tidak duduk senang sekarang,
dan sepatutnya suasana panik sepatutnya dah berlaku.
Dan dialog di atas kami sudahi dengan wahyu tuhan:

(Allah bersumpah)
Demi Masa...
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...!!!
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran,
serta berpesan-pesan dengan sabar.
[Al-Quran]
[Surah Al-Asr]
[Ayat 1 sampai Ayat 3]



Sanggupkah anda menjadi pemuda-pemudi Al-Asr ?
Anda rela dikeji & disindir oleh kawan & keluarga ?
Sabarkah anda dituduh sebagai ASING & PELIK ?
Apa respon keluarga anda ?
Kalau kami tak menguasai ilmu Yakjuj Makjuj,
maka anda tak mungkin jumpa page ini,
kami terpaksa bergelumang dengan teknologi Dajjal,
semata2 hendak menyelamatkan generasi2 yang kelemasan,
lemas dibuai dengan syurga Dajjal,
syurga dengan sistemnya yang amat INDAH dengan fitnahnya,
apa yang kami nak jawap depan Nabi depan Allah nanti ?
sedangkan kami ERTI & tahu pula untuk memintasnya ?
Apakah kami sanggup berdiam & hanya pentingkan diri ?
Oh tidak...
lihatlah bagaimana anak2 muda benar2 telah diALTERkan,
lihatlah bagaimana dengan sekejap sahaja,
kami bangunkan setiap negeri2 Melayu dengan syiling emasnya,
kehadiran & tempias kemunculan kami,
menyebabkan harga emas & harga perak naik mendadak,
mungkin anda katakan ini fantasi,
padahal inilah realitinya kesan menDAULATkan
Dinar Emas & Dirham Perak.
iaitu apa ?
iaitu tapak2 Khalifah dengan sistemnya sebagai ASAS.
Sistem khalifah tak mungkin muncul dengan baik,
sebelum dibangunkan ASASnya dahulu...
dan apa itu ASAS sistem Khalifah ?
ianya apa yang dinamakan sebagai = matawang Syariah
(tahniah kami ucapkan kerana anda berada di tengah2nya)
Ingat...
Al-Masih Mahdi memang akan muncul...
dan ingat...
dia takkan tiba2 muncul tanpa didatangkan asbab2nya...
Muhammad ke-2 hanya akan muncul bila ada pendamping2nya,
that is why you all need to TRAST where is the AHLUL BAIT,
siapa sebenarnya Bani TAMIM itu,
negeri mana di Nusantara terkenal dengan bendera hitam,
tapi penduduk2 di sana buat tak tahu sahaja,
batu bersurat di negeri manakah dalam Nusantara,
pernah mengatakan yang ISLAM akan bersinar dari TIMUR,
jaringkan matriks ini wahai UMAT MUHAMMAD,
kenapa baginda Rasulullah tak pernah sebut BARAT ?
dan...
siapa yang berdamping dengan Muhammad ke-2 ?
Adakah baginda akan keseorangan ?
Sudah tentu tidak bukan ?
Jadi apa maknanya ?
Maknanya...
untuk melihat sistem Khilafah ada tanda2 kebangkitan,
kita kena TRAST siapa yang sedang mengangkat sistem itu.
Dan...
kehadiran pemuda2 ini tak mungkin dapat dipintas
melalui jalan ELEKTRONIK,
dengan kata lain anda hanya akan tahu bila anda
TURUN PADANG...
Sayangilah Tanah Tumpah Air Anda.
Sahabat2 Nabi sanggup mangkat di Sumatera, Jawa,
dan lebih2 lagi di Tanah Melayu,
hanya semata2 hendak mengembangkan ajaran ISLAM,
1 ajaran yang sama pernah IBRAHIM bawa di era
pemerintahan Nebuchednezzar & Era Zulkarnain.
Sebab itulah raja2 Melayu sangat terkenal dengan
nama Iskandar Zulkarnain,
dan anda harus tahu,
apa itu Agama Hanif,
dan mengapa Umat Nusantara sangat sekejap menerima
ajaran ISLAM dan berimannya umat Melayu ini
terjadi tanpa perang pun,
1 perkara yang sangat misteri tapi jarang dikupaskan.
Tasik Galilee dah makin kering.
Apa tindakan anda ?
Cuaca dunia sudah boleh dikawal dengan mudah...
Anda masih menganggap kami membuat ramalan ?
Tidakkah anda pernah diberitahu tentang 3 tahun kemarau ?
Tahukah anda siapa Muhajirin & Ansar di akhir zaman ?
(ulangkajilah kitab ini, telah pun ada klu & jaringan matriksnya...)



Semua Artikel Kami,
Kami Lepaskan Dengan Kalimah Wallahualam.
(Hanya Allah Yang Lebih Mengetahui)
=========================================
BUT YET MANY OF YOU ALWAYS DENY !!!
=========================================

Takkan Islam Hilang Di Dunia
Takkan Ahlul Bait Hilang Di Dunia
Takkan Raja2 Beriman Hilang Di Dunia
Takkan Dinar Hilang Di Dunia
Takkan Khalifah Hilang Di Dunia
TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

ONE FLAG TO RULE US ALL
www.facebook.com/DinarEmas.DirhamPerak
www.Dinar-Emas.com
www.Dinarmas.com
www.Nubex.com.my
www.WorldIslamicMint.com

Di Saat Israel Menunggu Perlantikan Al-Masih Dajjal Raja Yahudi
Umat TIMUR Menunggu Pertabalan Khilafah Al-Masih Mahdi

Wassalam.
Selasa (malam Rabu)
21 Syaaban 1433
10 July 2012
11:33 malam
(Kampung Batu Hampar, Bedong, Sungai Petani, Kedah, Tanah Melayu, Nusantara.)

Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi R.A. katanya,
bertitah baginda Nabi Muhammad:
“Akan keluar orang-orang dari Timur,
lalu mereka mempersiapkan untuk Al-Masih Imam Mahdi,
yakni tapak-tapak pemerintahannya.”
[ Hadis Rekod Ibnu Majah ]